Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki ditahan, lebih 4,600 karton rokok tidak bayar cukai dirampas

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



DUA lelaki telah ditangkap dan lebih 4,600 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas Kastam Singapura pada Khamis lalu.



Suspek merupakan dua warga Cina berusia 44 dan 47 tahun.



Mereka ditangkap dalam satu operasi pegawai kastam yang menemui 1,657 karton serta lapan paket rokok haram dalam sebuah lori di kawasan Mandai Link, kata Kastam Singapura semalam.



Pegawai mendapati pemandu kenderaan tersebut memberi beberapa bungkusan plastik hitam kepada seorang lagi lelaki di kompartmen belakang lori berkenaan dan kemudian memasuki tempat kejadian untuk melaksanakan pemeriksaan.



Bekalan rokok tersebut didapati disembunyikan dalam dua palet mengandungi papan dinding pemisah atau 'partition wall' dalam kenderaan itu.



Dalam pemeriksaan susulan, pegawai kastam menemui empat palet papan dinding pemisah itu, yang mana terdapatnya 3,039 karton dan lapan paket rokok tidak dibayar cukai disembunyikan di dalamnya, di sebuah unit perindustrian di Loyang Way.



Pemandu kenderaan itu didakwa mendapatkan dua palet dinding pemisah itu yang dirampas di Mandai Link dari unit perindustrian itu pada awal hari itu.



Trak tersebut dan bekalan 4,696 karton serta 16 paket rokok haram telah dirampas dalam operasi itu.



Duti yang dielak daripada bekalan rokok haram itu berjumlah sekitar $397,160 manakala nilai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencapai $31,610.



Prosiding mahkamah sedang berterusan terhadap salah seorang suspek dan pemandu lori itu kini sedang disiasat.



Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda bilangan cukai dan GST yang dielak dan dijel sehingga enam tahun atau kedua-duanya. Kenderaan yang diguna bagi kegiatan berkenaan juga boleh dirampas.



Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan penyeludupan atau pengelakan duti atau GST boleh menghubungi Kastam Singapura menerusi talian 1800-233-0000 atau e-mel kepada laman: customs_intelligence@customs.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >