Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua mantan NMP mohon khidmat bagi penggal kedua

nmp
Nov 24, 2020 | 05:30 AM



DUA mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) - usahawan sosial Anthea Ong dan pengarah eksekutif Orkestra Cina Singapura Terence Ho - telah memohon berkhidmat bagi penggal kedua di Parlimen.



Selain mereka, calon baru yang menghantar permohonan termasuk pengarah eksekutif pertubuhan tidak mencari untung Engineering Good Johann Annuar, seniman masyarakat Terence Tan, penulis puisi dan drama Nabilah Said, dan hos acara Audrey Lim, lapor akhbar The Straits Times.



Skim NMP diperkenal pada 1990 untuk memastikan perwakilan dan sumbangan pandangan luas di Parlimen. Setiap penggal, yang berjalan dua setengah tahun, boleh menerima hingga sembilan NMP.



Encik Johann, 46 tahun, yang pertubuhannya membantu golongan kurang bernasib baik dengan memberi mereka akses kepada teknologi, menyerahkan permohonannya sejurus sebelum tempoh penyerahan tamat pada 4.30 petang semalam.



Encik Johann berkata sekiranya dilantik, beliau berharap dapat bersuara tentang mengurangkan ketidaksamaan, terutamanya mengenai akses digital bagi semua orang dan golongan kurang upaya.



"Kita telah melakukan yang terbaik dalam mencapai kemakmuran bagi negara kita dan ini harus disusuli tanggungjawab membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat, agar kita dapat mempertingkat diri mereka ke tahap yang membolehkan mereka melakukan yang terbaik bagi diri mereka," kata beliau.



NMP ditimbangkan oleh sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas lapan anggota yang dipengerusikan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin. Ia akan menimbangkan permohonan dan pandangan Ahli Parlimen lain bagi permohonan yang diserahkan.



Mereka akan mewawancara calon yang disenarai pendek, memutuskan senarai akhir calon dan menyarankan mereka kepada Presiden, yang akan melantik NMP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >