Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua menteri sewa hartanah Ridout Road ikut pematuhan penuh prosedur: SLA

May 13, 2023 | 08:13 AM



DUA buah banglo kolonial di Ridout Road telah disewa Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam  dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, kata Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada Jumaat.



Kededua hartanah - di 26 dan 31 Ridout Road - telah dikosongkan selama beberapa tahun dan sewanya dilakukan mengikut pematuhan penuh prosedur SLA yang relevan, kata agensi itu dalam satu kenyataan.



SLA mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada pertanyaan media berikutan catatan media sosial mengenai kededua hartanah sepanjang minggu lalu, yang diterbitkan ahli politik pembangkang, Encik Kenneth Jeyaretnam.



Lebih banyak butiran mengenai hal ini akan diberikan apabila Parlimen bersidang pada Julai, tambah SLA.



Encik Jeyaretnam, yang merupakan setiausaha agung Parti Pembaharuan (RP), telah menulis pada 6 Mei bahawa adalah sukar untuk melihat bagaimana para menteri "boleh mampu membayar sewa pasaran bagi hartanah semahal itu".



"Saya harap SLA boleh jelaskan tentang proses lelongan bagi hartanah tersebut dan apa bidaan yang diterima," tambahnya.



Dalam kenyataannya, SLA telah memberikan butiran tentang bagaimana hartanah tersebut telah disewa para menteri itu.



Bagi kes di 26 Ridout Road, agensi itu berkata hartanah tersebut telah dikosongkan selama lebih empat tahun sejak Disember 2013.



Pada Jun 2018, ia disewakan kepada Encik Shanmugam yang merupakan satu-satunya pembida bagi hartanah tersebut.



"Tawarannya, yang dibuat menerusi seorang ejen, adalah lebih tinggi daripada panduan sewa,  yang tidak didedahkan kepadanya," kata SLA. 



Panduan sewa adalah rizab sewa berdasarkan kadar pasaran seperti yang ditentukan penilai berkelayakan.



"Encik Shanmugam telah memberitahu seorang rakan Kabinet kanan yang beliau telah membuat satu bidaan bagi hartanah tersebut," tambahnya, tanpa menamakan menteri kanan itu.



Encik Shanmugam memperbaharui sewaan bagi hartanah itu pada Jun 2021 bagi tempoh lagi tiga tahun, kata SLA.



Sementara itu, hartanah di 31 Ridout Road telah dikosongkan selama lebih enam tahun sejak Julai 2013 sebelum ia disewakan kepada Dr Balakrishnan.



Pada November 2018, Dr Balakrishnan telah meletakkan satu bidaan yang lebih tinggi daripada panduan sewa.



Panduan sewa itu tidak didedahkan kepadanya, kata SLA.



Namun Dr Balakrishnan merupakan pembida tertinggi, dan sewaan diluluskan bermula Oktober 2019.



Dr Balakrishnan telah memperbaharui sewaannya pada Oktober 2022, tambah SLA.



Agensi itu tidak menyatakan berapa banyak bidaan yang diterima, atau berapa harga hartanah tersebut disewakan.



Kenyataannya menambah:



"Lebih banyak butiran tentang isu ini akan diberikan semasa sesi parlimen selanjutnya pada Julai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >