Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pendidik cemerlang ITE raih anugerah

Oct 26, 2023 | 08:14 PM



Cik Nur Aliyah Khamis, yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, mengatasi kekangan kewangan dan melalui laluan pendidikan yang mencabar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) ke politeknik, akhirnya mencapai Sarjana Muda dalam bidang Sains daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).

Inspirasi daripada ibunya telah membangkitkan semangatnya untuk mengajar, dan kini beliau bekerja sebagai pensyarah dan mentor dalam bidang persekitaran terbina di ITE.

Sementara itu, Encik Mohamed Shali Buang, 51 tahun, bekas arboris dan hortikultur kanan di Lembaga Taman Negara (NParks), mendapat panggilan semula untuk mengajar, yang mula tertanam sejak beliau menjadi seorang guru di bawah Skim Tuisyen Mendaki pada tahun 1996.

Pada 2010, beliau membuat peralihan kerjaya pertengahan ke bidang pendidikan.

Kedua-dua mereka menerima pengiktirafan kerana menunjukkan azam dan kecekalan untuk mencapai cita-cita mereka dalam Majlis Penyampaian Anugerah ITE baru-baru ini di Hotel Orchard, yang dihadiri Pengerusi ITE, Encik Andrew Chong.

Semasa ditemui Berita Harian, Cik Nur Aliyah, 39 tahun, berkongsi tentang perjalanan pendidikannya.


“Susah bagi saya mendapat gred yang baik di sekolah menengah kerana saya perlu bekerja sambilan untuk membantu ibu saya menampung kos hidup.

“Namun, semasa di ITE dalam program Nitec Lanjutan ITE, pensyarah-pensyarah saya memberi galakkan dan mengiktiraf potensi saya,” jelas beliau.

Mengenang kesan positif bimbingan guru ke atas hidupnya, beliau menanam tekad beralih daripada jawatan sebelumnya sebagai pegawai pengurusan kemudahan bangunan di NUS ke bidang pendidikan di ITE pada 2015.

Beliau mengakui perjalanan sebagai pensyarah dan mentor yang perlu memenuhi pelbagai keperluan pelajarnya dari segi akademik dan emosi bukan mudah.

“Namun, saya akan menggunakan pendekatan yang berbeza kepada para pelajar seperti memberi sokongan tambahan pada pelajar yang lemah serta memberi soalan tambahan yang lebih mencabar untuk pelajar yang lebih mahir dalam mata pelajaran itu.

“Bagi mereka yang mungkin berputus asa, saya akan memberi sokongan positif dan kata-kata perangsang kepada mereka, seperti bagaimana ibu saya dulu menjadi contoh dan sumber kekuatan dalam hidup saya,” kata ibu tiga anak itu.

Encik Shali pula pernah menikmati kepuasan melatih individu semasa memainkan peranan sebagai pakar arboris dan hortikultur.

Beliau, yang masih bujang, berbesar hati apabila diberi peluang membantu orang ramai meningkatkan pengetahuan mereka.

Mengimbas kembali pengalaman dengan seorang pelajar apabila mula bekerja sebagai jurulatih Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) di ITE, Encik Shali menggambarkan pelajar tersebut yang menunjukkan kurang minat dalam kursusnya itu.

“Bagaimanapun, saya mendekatinya dengan penuh kesabaran, membimbingnya melalui pelajaran, dan akhirnya, beliau mendaftar dalam kursus bioteknologi di politeknik, sama seperti saya.

“Bahkan, beliau pun menjadi pengurus yang berjaya di NParks. Saya bangga beliau dapat mengikut jejak langkah saya dan saya harap beliau dapat mencapai kejayaan yang melangkaui saya,” ujar beliau dengan bangga.

Sebagai jurulatih CET, kebanyakan muridnya terdiri daripada individu dewasa yang ingin membuat peralihan kerjaya pertengahan umur.

Encik Shali memahami bahawa mereka yang sudah berkeluarga atau bekerja pada siang hari pasti berasa letih semasa menghadiri kelas malam yang diajarnya itu.

Namun, beliau berusaha membuat kelasnya menarik untuk memastikan murid-muridnya ghairah menghadiri kelas.

“Contohnya, dalam modul pengurusan haiwan perosak, yang meliputi topik seperti nyamuk dan tikus, saya pernah membawa tikus hidup dan akan mengajar mereka kemahiran-kemahiran praktikal bagaimana menangani tikus itu,” kata beliau, yang mempunyai Sarjana dalam bidang Pengurusan Alam Sekitar dan Sarjana Muda dalam bidang Psikologi dari NUS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >