Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua produk makanan laut tiada DNA babi: Muis

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



TIADA DNA babi dikesan dalam produk 'Li Chuan Fish Ball' dan 'Li Chuan Cuttlefish Ball', menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Malah produk Li Chuan di Singapura itu memenuhi keperluan pensijilan Halal, justeru Muis membenarkan syarikat tersebut menyambung semula penjualan produk itu di Singapura.



Muis sebelum ini telah mengarahkan pemegang sijil halalnya berhenti menggunakan dua produk tersebut yang didakwa mengandungi DNA babi dengan serta-merta.



Menurut kenyataan Muis semalam, pemeriksaan loji mendapati semua keperluan sistem pengurusan halal Muis dipatuhi, dan hanya bahan yang diluluskan digunakan dalam persiapan makanan.



Semua sampel yang dikumpul diuji oleh tiga makmal berbeza, termasuk Pusat Nasional bagi Sains Makanan di bawah Agensi Makanan Singapura (SFA). Tiada DNA babi didapati dalam sebarang ujian dilakukan, kata Muis.



"Muis akan meneruskan rejim kami bagi pemeriksaan tetap premis yang diberi pensijilan halal untuk memastikan pertubuhan yang diberi pensijilan terus menegakkan keperluan dan piawaian yang perlu.



"Muis telah mengarahkan Li Chuan menyemak semula rantaian bekalannya bagi eksport dan berunding dengan penguasa relevan untuk memastikan produk yang dieksport mematuhi keperluan tempatan, sebelum menyambung semula eksport," tambah Muis.



Pada 25 Januari lalu, Muis dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Keagamaan Brunei Darussalam tentang penemuan DNA babi dalam produk 'Li Chuan Fish Ball' dan 'Li Chuan Cuttlefish Ball' dalam ujian rutin sampel.



Li Chuan merupakan pemegang sijil Halal Muis.



Menurut Muis, mereka akan menghubungi penguasa Brunei untuk mendapatkan penjelasan mengenai keputusan ujian mereka.



Muis berharap dapat menyelaras dengan lebih baik bersama mereka mengenai siasatan sebegitu sekiranya isu masa depan timbul bagi mengurangkan kekeliruan orang awam.



"Muis ingin menyakinkan masyarakat bahawa Muis komited sepenuhnya dalam memastikan keperluan diet masyarakat Muslim terus dipenuhi dan berterima kasih kepada masyarakat atas pemahaman dan kesabaran dalam membenarkan kami untuk siasat isu ini," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >