Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua seniman S'pura redah cuaca ekstrem bina bilik di hotel salji terkemuka Sweden

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



DUA seniman telah memberanikan diri meredah cuaca sejuk ekstrem demi mengembara ke kampung Jukkasjarvi di Sweden, terletak sekitar 200 kilometer dari Bulatan Kutam, untuk membina sebuah bilik di hotel terkemuka Icehotel 33.



Encik Edmund Chan Jian Xiong dan Encik Tan Tai Tien tiba di Sweden pada 30 November lalu untuk menyelesaikan pembinaan reka bina yang dirancangkan sebelum hotel itu dibuka pada 16 Disember bagi musim cuti salji ini.



Icehotel telah beroperasi sejak 1989 dan kini mengendali edisi ke-33-nya.



Reka bentuk mereka, dinamakan Dreams Of Pencils, mendapat inspirasi daripada alat menulis itu.



"Saya mengambil masa yang lama memikirkan tentang pelbagai desain. Sambil saya memegang sebatang pensel ketika memikir, tiba-tiba saya fikirkan bahawa saya sedang memegang sebuah alat yang sangat penting dalam seni ini," kata Encik Chan, 33 tahun, kepada The Straits Times.



Motif pensel itu digunakan bagi tiang serta bangkunya yang direka dengan air batu. Katilnya pula adalah sebuah kotak pensel, dengan beberapa pensel air batu besar membentuk papan merehatkan kepala katil itu.



Bentuk segi enam batang pensel pula diukir di lengkungan siling bekunya.



Bilik Dreams Of Pencils itu adalah salah satu daripada 12 suite yang dibina bagi Icehotel 33 oleh seramai 24 seniman dari serata dunia di mana cadangan mereka telah dipilih.



Meskipun ia bukan satu pertandingan, setiap seniman diberi pembayaran honorarium atau bayaran kehormat dan bayaran hak cipta.



Encik Chan berkata: "Ia satu cabaran untuk membiasakan diri dalam cuaca dingin beku itu dengan tangan serta kaki kami sering menjadi sengal. Pada beberapa hari pertama, suhu cuaca agak sederhana dalam sekitar bawah 11 darjah Celcius. Namun selepas itu, suhunya jatuh lagi ke bawah 31 darjah Celcius."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >