Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga S'pura ditangkap di lapangan terbang Sri Lanka kerana cuba seludup hampir 5 kilogram emas

Jul 02, 2019 | 07:45 AM



SEORANG lelaki dan wanita warga Singapura ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Sri Lanka Jumaat (28 Jun) lalu kerana cuba menyeludup hampir 5 kilogram emas.

Emas benilai sekitar 26 juta rupee ($199,032) ditemui dalam saku pakaian dipakai lelaki dan wanita tersebut yang berusia 45 dan 55 tahun, menurut laporan The Straits Times.

Mereka menaiki pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ468 dan ditangkap selepas pegawai kastam bertindak setelah mendapat maklumat awal.

Menurut gerbang berita Sri Lanka Adaderana.lk, pasangan itu memiliki sebuah perniagaan pengurup mata wang di Singapura.

Mereka dikatakan telah ke Sri Lanka sekurang-kurangnya enam kali tahun ini sebelum ini.

Pihak berkuasa sedang menyiasat,

Januari tahun lalu, seorang kru kabin SIA ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi kerana didakwa menyeludup emas lebih 1 kilogram.

Siasatan awal menyatakan kru itu berhajat memberikan emas bernilai $65,000 kepada seorang ejen di sebuah hotel di Delhi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >