Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu banduan, kini bimbing bekas banduan kembali ke pangkuan masyarakat

Sep 03, 2020 | 05:30 AM



SEJAK berusia 12 tahun, Encik Firdaus Abdul Hamid ditimpa pelbagai cabaran, dan beberapa kali dihukum penjara dan dimasukkan dalam berek tahanan (DB).



Bahkan, beliau pernah terlibat dalam satu nahas yang hampir meragut nyawa beliau dan keluarganya.



Kesemua peristiwa itu akhirnya mendorong Encik Firdaus, 40 tahun, berhijrah ke arah kemanusiaan untuk membantu mereka yang mempunyai pengalaman serupa menerusi pertubuhannya Human HeartS (HH), yang ditubuhkan Julai tahun lalu.



Menceritakan tentang latar belakangnya, Encik Firdaus berkata kehidupannya mula terjatuh dalam kegelapan setelah ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 12 tahun.



"Di sekolah menengah pula, saya sering memberontak, dan juga terlibat dalam kegiatan samseng," katanya.



"Sebelum dan sewaktu Perkhidmatan Negara (NS), saya dipenjara beberapa kali bagi kesalahan mencuri dan melanggar peraturan trafik, dan selepas NS, niat saya memperbaiki diri dengan menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pun tak tercapai."



Encik Firdaus berkata sikapnya yang cepat marah menyebabkan beliau sering bertengkar dengan pegawai lain, dan tidak menghadirkan diri tanpa izin hingga beliau keluar masuk lubang (DB) sebanyak lima kali antara 2000 dengan 2004 dan akhirnya diberhentikan SAF pada 2005.



Pada lewat malam semasa Syawal 2017, beliau hilang kawalan lori yang dipandunya hingga merempuh sebatang pokok. Beliau bersama isteri dan tiga anak mereka mengalami pelbagai kecederaan teruk.



Namun tanpa mengeluh, Encik Firdaus, yang masih menerima rawatan kaunseling dek kemalangan itu, berkata,"mungkin ini satu petunjuk untuk berbakti kepada masyarakat".



Niat beliau menubuhkan HH tercetus sewaktu mengikuti kursus diploma bidang kaunseling di institut pendidikan swasta Kaplan Singapore hingga terpilih menerima Anugerah Belajar Mendaki pada 2018.



"Sewaktu kursus itu, saya mendapati teori yang diajar di sekolah tidak lengkap untuk membimbing bekas banduan secara khusus," ujarnya, yang juga berasa ia tidak memenuhi keperluannya.



Oleh itu, Encik Firdaus bersama pemilik kedai gunting rambut Bodeiga, Encik Taufik Yusof; bekas banduan dan pemilik gimnasium Strength Avenue, Encik Andyn Kadir; dan pelajar psikologi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Encik Hillman Saufie, menubuhkan HH.



Ia menawarkan konsep ruang santai buat mereka yang baru keluar penjara berkongsi pengalaman dan masalah agar dapat lebih mempersiapkan diri untuk berintegrasi semula dalam masyarakat.



"Mereka perlukan bantuan oleh seorang yang lebih memahami dan berpengalaman serupa kerana, misalnya, setiap banduan mempunyai slang tersendiri.



"Mereka yang dahulu gengster berbual lain, mereka yang pernah bekerja untuk lintah darat pun ada lingo tertentu juga," tambahnya.



"Dengan bimbingan khusus seperti itu, kami berharap dapat menemani mereka, berkongsi pengalaman dan memberi panduan atau bantuan lanjut," kata Encik Firdaus.



Sekarang HH menawarkan khidmat kaunseling, terapi pendidikan, sokongan pembelajaran dan lain-lain kepada 70 individu, termasuk bekas banduan, keluarga mereka dan keluarga banduan yang sedang di penjara.



Beberapa penerima bantuan HH juga telah dilatih menjadi relawan dan pembantu dalam melaksana programnya buat penerima lain, termasuk pengarah projek kehormat HH, Encik Shaifudin Md Yusof, 40 tahun.



Namun, pandemik Covid-19 menyebabkan banyak kegiatan HH - yang dibiayainya sendiri - telah beralih secara janji temu sahaja.



HH juga sedang berusaha mendapatkan dana bagi menampung kos kegiatannya.



Encik Firdaus telah mendapat tawaran menuntut dalam bidang psikologi dan kriminologi di Universiti Murdoch cawangan Singapura melalui Kaplan, tetapi terpaksa menundakannya hingga Mac tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >