Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu berdua, kini bertiga sekeluarga berbaris di NDP 2023

Jul 31, 2023 | 06:22 PM



Selama sekitar satu setengah dekad pasangan Encik Johari Arwee, 63 tahun dan isterinya Cik Siti Sa’diah Kemat, 61 tahun, bersemangat menyertai acara Perbarisan Hari Kebangsaan mewakili kontinjen kesatuan pekerja. Siapa sangka pada tahun ini mereka akan disertai anak mereka pula.

Encik Johari, seorang pekerja penghantar pos dari Singpost merupakan seorang ahli Kesatuan Sekerja Telekom Singapura (UTES) dan telah menyertai NDP sejak 14 tahun lalu. Cik Siti, seorang pegawai pentadbiran di  Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB pula telah menyertai NDP tiga tahun lebih lama daripada suaminya sebagai wakil Kesatuan Sekerja bagi HDB (HDBSU). Mereka berarak dalam kontinjen Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Anak sulung mereka, Encik Mohammad Sha’ari Johari, 38 tahun yang bertugas sebagai pegawai teknikal di SP Group pada tahun ini berbaris dalam NDP sebagai ahli Kesatuan Sekerja Gas dan Kuasa (Upage).

Tiga beranak ini menganggap peluang bersama berbaris kali ini sebagai satu sejarah yang indah, apatah lagi NDP kali ini kembali ke tempat bersejarah di Padang. Mereka ghairah dapat berarak sekeluarga dan menyemarakkan semangat kewarganegaraan di depan seluruh negara pada hari ulang tahun merdeka itu.

“Apabila kami kembali semula di Padang dan berbaris di depan ramai penonton semasa Pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) sebelum ini, kami sudah mula merasakan semangat dan kebesaran peluang ini berbaris di pentas negara,” kata Encik Johari.

“Lebih-lebih lagi ini satu peluang yang agak manis bagi kami sekeluarga sebab dapat melakukannya bersama anak sulung kami,” tambah beliau.

Encik Sha’ari berkata beliau menyertai kontinjen itu untuk mencapai satu niat yang telah terpendam dalam dirinya sejak menjalani Perkhidmatan Negara (NS).


Sebagai wakil kesatuan, Encik Sha’ari berkata ia menunjukkan tanggungjawab mereka sebagai pekerja berwibawa yang juga saling bertimbang rasa kepada teman sekerja lain.

“Kami sebagai pekerja harus prihatin dan peka terhadap keperluan teman-teman kami, dan apabila kami melihat sebarang perkara yang tidak wajar semasa di tempat kerja, kami harus memberi maklum balas kepada pihak kesatuan supaya tempat kerja kami dapat lebih diperbaiki,” tambahnya.

Keluarga itu telah mula berlatih seminggu sekali sejak April lalu.

Bagi Encik Sha’ari juga, ini bermakna beliau perlu mengorbankan waktu bersama keluarganya pada masa lapang.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang dihadapi keluarga itu semasa berlatih di NDP, Cik Siti Sa’diah berkata beliau sering menasihatkan dan memberi bimbingan kepada anaknya Encik Sha’ari supaya dapat menyesuaikan diri berarak dengan bersemangat serta berdiri tegak semasa di tempat acara.

Ini termasuk menahan cuaca berbahang dan panas serta perlu rajin minum air putih untuk kesegaran badan.

“Beliau juga merupakan orang muda, jadi dari segi cabaran, lebih kepada dialah sebab bagi saya dan suami ini sudah menjadi perkara biasa,” tambah Cik Siti Sa’diah.

“Bagi saya dan suami, kita sudah berpengalaman lama berbaris di NDP, tapi bagi anak kita ni, ini giliran pertamanya. Jadi kita harus beri bimbingan dia sedikitlah,” kata Cik Siti Sa’diah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >