Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Anak gigih sertai bapa dalamNDP 2023

Jul 31, 2023 | 12:40 PM



Sejak kecil Muhammad Danish Arman Abdul Majid Salim melihat bapanya terlibat dalam pelbagai perarakan berkaitan dengan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Ini menimbulkan minat dalam dirinya untuk ikuti jejak bapanya, justeru pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang itu, menyertai Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC).

Tahun ini, remaja yang kini di menengah tiga itu, menjadi salah seorang wakil sekolahnya dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Lebih istimewa, dia berpeluang melalui pengalaman tersebut bersama bapanya, Inspektor Abdul Majid Salim Selamat yang merupakan Ketua Jurulatih untuk kontinjen SPF.

“Saya menyertai NPCC di sekolah kerana bapa saya.

“Saya hendak masuk NDP tahun ini pula kerana saya ingin menikmati pengalaman ini bersama bapa saya,” kata Danish yang berusia 15 tahun.

Ketika ditemui Berita Harian, Danish berkata dia sebenarnya memohon untuk menyertai NDP tahun ini.

Dengan sokongan guru-gurunya, anak kedua empat beradik berpeluang untuk menjadi wakil bagi sekolahnya,

Meskipun ini merupakan pertama kali Danish menyertai NDP, dia sebelum ini biasa melibatkan diri dalam aktiviti perarakan di sekolah.

Antara perarakan yang pernah disertainya adalah Perbarisan Tahunan NPCC (NPAP).

“Ketika NPAP, saya merupakan pembawa bendera untuk sekolah saya tetapi kali ini untuk NDP, saya hanya perlu memegang payung.

“Jadi ini adalah pengalaman yang berbeza dan ghairah untuk terlibat dalam perarakan yang berlainan,” katanya.

Melahirkan perasaan gembira, bapanya, Inspektor Majid berkata beliau sejak 2007 kerap membawa keluarganya menonton NDP.

Menurut Inspektor Majid, beliau sudah terlibat dalam NDP selama 16 tahun.

“Saya bawa keluarga menonton agar mereka dapat lihat secara fizikal hari istimewa ini,” katanya.

“Pada masa yang sama, saya ingin tunjukkan kepada keluarga hasil kerja saya.

“Setiap 9 Ogos apabila saya tidak ada bersama keluarga, saya ingin mereka tahu bahawa saya sebenarnya ada di sebalik tabir NDP berusaha untuk memainkan peranan sebagai jurulatih dan menyumbang kepada hari yang istimewa ini,” tambahnya.

Sebagai persiapan untuk NDP pada 9 Ogos, Danial telah memulakan latihannya sejak pertengahan Mei tahun ini.

Walaupun dia rasa gementar, Danish berkata dia banyak mendapatkan panduan daripada bapanya di rumah.

“Di rumah saya berlatih untuk berarak berseorangan di rumah untuk mengikuti rentak dan memastikan saya dapat melakukannya dengan terbaik.

“Saya juga dapat menerima ‘latihan khas’ daripada bapa saya.

“Jadi ini memberi saya keyakinan lebih untuk menunjukkan prestasi yang terbaik nanti,” kata Danish.

Sebagai seorang bapa, Inspektor Majid berkata beliau rasa bangga melihat anaknya mengikuti jejaknya.

“Saya terharu sebenarnya Danish ingin melakukannya. Sekarang dia tahu apa yang saya pernah lalui dan rasakan sehingga kini.

“Melalui pengalaman ini, saya bukan sahaja dapat berkhidmat kepada negara bahkan juga mendapat peluang untuk mendekati anak saya,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >