Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBELAJARAN DI RUMAH (HBL)

Dulu tertekan dan murung, kini lebih sedia anak jalani HBL

HBL
May 19, 2021 | 05:30 AM



APABILA pemutus litar berlaku tahun lalu, pelbagai penyesuaian mendadak perlu dilakukan pasangan suami isteri Cik Khairunnisa Zulkiflee dan Encik Ahmad Suhaimi Selamat.



Seperti kebanyakan keluarga lain yang mempunyai anak, mereka perlu menyesuaikan diri melakukan kerja di rumah dengan anak juga melakukan pembelajaran di rumah (HBL).



Malah, situasi yang agak mendadak itu menimbulkan tekanan bagi Cik Khairunnisa, 30 tahun, sehinggakan berat badannya merosot selain mengalami kemurungan.



Beliau yang bekerja dalam sektor import muatan laut masih ingat bagaimana keadaan begitu tertekan ketika itu kerana perlu memenuhi permintaan pelbagai pihak - tempat kerja dan keperluan anak.



"Waktu itu memang teruk sekali. Syarikat saya pada ketika itu menjalani beberapa perubahan struktur.



"Justeru kami sebagai pekerja perlu menyesuaikan diri dengan sistem baru, dan yang membuat saya tertekan, penyesuaian itu perlu dibuat seorang diri dari rumah, tanpa bantuan kakitangan lain.



"Ini belum lagi termasuk anak saya yang perlu melakukan tugasan sekolah dari rumah dan kerap mendekati saya untuk mendapatkan bantuan.



"Tekanannya begitu teruk sehingga saya tidak mempunyai selera makan sehingga membuatkan saya hilang berat badan. Malah saya juga perlu mendapatkan nasihat pakar ketika itu," singkapnya.



Namun setahun kemudian, apabila negara kini sekali lagi berdepan dengan situasi kemuncak Covid-19, Cik Khairunnisa berkata, beliau lebih bersedia secara fizikal dan mental, lebih-lebih lagi dengan HBL bermula hari ini.



Anaknya, Ahmad Khalish Ahmad Suhaimi, lapan tahun yang menuntut di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang HBL minggu ini.



Ini kerana madrasah itu baru sahaja tamat peperiksaan dan guru memerlukan masa sepanjang minggu ini untuk memeriksa semua kertas peperiksaan.



Pembelajaran di rumah akan hanya bermula Isnin depan.



Meskipun demikian, Cik Khairunnisa berkata, pengalaman pemutus litar membuat syarikatnya lebih sedar tentang cabaran ibu yang mempunyai anak di rumah sepertinya.



"Selepas CB, saya memberitahu pihak pengurusan tentang tekanan yang kami alami kerana perlu memenuhi kehendak kerja dan anak secara serentak.



"Alhamdulillah, syarikat saya amat memahami, malah amat prihatin terhadap keperluan para ibu yang mempunyai anak.



"Dengan keseimbangan ini, saya lebih bersedia secara mental dan fizikal untuk meneliti keperluan tugasan sekolah anak saya," ujarnya.



Pemutus litar yang lalu juga mengajarnya bahawa anaknya perlu berada di sampingnya semasa belajar berbanding duduk di meja berasingan atau bilik sendiri ketika HBL dijalankan.



"Biasalah kalau tidak selia, budak-budak selalunya akan mengelamun. Ada yang ambil kesempatan melayari laman web lain atau menonton sesuatu di luar tugasan sekolah mereka.



"Ini akan membuat mereka mengambil masa yang lama untuk habiskan tugasan.



"Jadi kali ini, saya pastikan anak saya duduk sebelah saya agar saya dapat memantau apa yang dilakukannya.



"Pendek kata HBL kali ini, semua pihak lebih bersedia - dari tempat kerja, sekolah, saya dan anak saya," tambahnya. - SHAHIDA SARHID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >