Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-basikal meletup, 7 anggota keluarga diselamatkan

Aug 21, 2018 | 05:30 AM



TUJUH anggota satu keluarga diselamatkan selepas basikal elektronik (e-basikal) meletup di kediaman mereka di Woodlands, Sabtu malam.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka segera bertindak apabila menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran di tingkat lapan, Kondominium Eksekutif, Forestville yang terletak di Woodlands Drive 16 sekitar 9.35 malam, kelmarin.



SCDF berkata kebakaran yang melibatkan e-basikal itu berjaya dipadamkan menggunakan hos dalaman.



Seorang daripada anggota keluarga telah dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa keluarga berkenaan berada di rumah apabila letupan berlaku.



Antara yang diselamatkan ialah seorang wanita berusia 60 tahun, dan tiga kanak-kanak berusia antara tiga dan lapan tahun.



Punca kebakaran sedang disiasat, kata SCDF.



Bulan lalu, e-basikal yang dibiarkan semasa dicas telah dikenal pasti sebagai punca kebakaran sebuah rumah teres di Little India.



Pada 14 Ogos, juga di Woodlands, satu e-skuter terbakar selepas percikan berlaku semasa plug ditarik keluar daripada soket pengecasan.



Menurut angka SCDF yang dikeluarkan pada Februari, bilangan kebakaran melibatkan e-skuter meningkat kepada 40 kes tahun lepas, meningkat daripada hanya sembilan kejadian pada tahun sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >