Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekspatriat dari India, tuan rumah flat HDB bak keluarga

Jun 30, 2023 | 02:04 PM



Kemesraan antara seorang penyewa dan sepasang tuan rumah warga emas ini sangat istimewa dan unik, hingga apabila si penyewa pulang ke tanah airnya, beliau dirindui dan diminta “lekas-lekas balik” ke Singapura.

Baru-baru ini, penyewa bilik di sebuah rumah flat di Yishun itu, Encik Nowshad Basha, yang berasal dari Bangalore, India, berkongsi bersama Berita Harian gambarnya beliau menyambut Hari Raya Aidiladha bersama tuan rumahnya.


Encik Nowshad, 40 tahun, berkata beliau sudah menganggap kedua-dua orang tua itu sebagai keluarganya sendiri dan mereka menjalin hubungan yang baik. Menurutnya, dalam membuat persiapan Hari Raya Haji, beliau membantu membeli bahan yang diperlukan dan mereka masak dan makan bersama semeja.

“Saya berada di Singapura sejak 2012, tetapi sewaktu itu saya memilih untuk menyewa rumah bujang di kondominium dan telah beberapa kali bertukar rumah sewa kerana saya sepi bila tinggal bersendirian.

“Dari situ saya mula mencari rumah di kawasan perumahan HDB dan apabila saya pergi ke rumah mereka, saya terus jatuh hati pada mereka berdua kerana mereka mengingatkan saya akan keluarga saya di India,” jelas Encik Nowshad, seorang ekspatriat yang bekerja di sebuah institusi kewangan di sini.

Tuan rumah itu, Encik Mohamed Sokhaimi, 75 tahun, dan isterinya, Cik Siti Normah Sidik, 70 tahun, mempunyai tiga anak perempuan tetapi dua daripada mereka kini menetap di Australia dan seorang lagi di rumahnya sendiri di sini.

“Nowshad sudah tinggal bersama kami selama enam tahun. Orangnya sangat baik, senang bergaul dan hormat pada orang tua. Kami beruntung dapat seorang penyewa yang baik,“ kata Encik Mohamed.

Apabila Encik Nowshad lewat pulang dari tempat kerja, Cik Normah akan prihatin dan bertanya kepadanya melalui Whatsapp. Encik Nowshad berkata layanan kedua-dua tuan rumahnya mengubat rindunya pada keluarga yang jauh.

“Saya pernah jatuh sakit dan doktor memberitahu saya supaya menjaga diet untuk cepat pulih. Mereka berdua memastikan saya mendapat nutrisi yang baik dan membantu pemulihan saya,” ujar Encik Nowshad, yang belum berumah tangga.

“Saya empat adik-beradik dan kami memang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang rapat, dan sejak bersendirian di sini saya memang sangat merindui mereka. Tetapi sejak saya di tinggal di sini, saya seperti dapat keluarga baru, dan saya sangat bersyukur,” tambahnya.

“Dia rajin menolong kami, membantu belikan barang dari kedai dan macam-macam lagi. Dengan adanya dia, terhibur juga hati kami suami isteri, kerana kalau tidak, kami berdua saja di sini,” kata Cik Normah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >