Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban fizikal kembali rancak di dua masjid S’pura; lebih 500 kambing disembelih

Jun 29, 2023 | 06:05 PM



Suasana di Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Al-Firdaus, dua masjid di Singapura yang menawarkan ibadah korban secara fizikal tahun ini, cukup meriah pada Khamis.

Sejumlah 567 daripada 653 kambing yang ditawarkan bagi ibadah korban di kedua-dua masjid itu telah disembelih selepas solat Hari Raya Aidiladha pada Khamis.

Anggota Parlimen GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar, ketika ditemui Berita Harian (BH) di Masjid Petempatan Melayu Sembawang untuk menyaksikan ibadah korban dijalankan, berkata:

“Suasana di sini memang penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran kerana kita dapat melaksanakan ibadah korban secara langsung di masjid. Prosesnya sangat cekap dan mereka yang membuat tempahan tidak perlu menunggu lama.

“Saya mendoakan lebih banyak ibadah korban secara langsung dapat diadakan semula di masjid-masjid Singapura.”

Sejak pandemik Covid-19 melanda pada 2020 dengan pelbagai sekatan perjalanan dikenakan, lebih ramai warga Singapura memilih untuk menunaikan ibadah korban mereka di luar negara.


Bagi 2023, sebanyak 5,227 ekor kambing telah ditempah melalui SalamSG Korban kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi Hari Raya Haji. Jumlah itu melebihi sasaran iaitu 4,500 ekor kambing.


Bagi kambing yang ditempah melalui SalamSG Korban, Vendor Korban yang Diluluskan (AKV) bertanggungjawab menyelaraskan ibadah korban di Australia, sebelum dagingnya dihantar ke Singapura untuk diagihkan kepada mereka yang membuat tempahan itu atau kepada mereka yang memerlukan termasuk penerima zakat, pekerja migran sementara dan keluarga individu yang dipenjarakan.

Cik Siti Hamidah Abdul Gapor, 55 tahun, memilih menunaikan ibadah korban di dalam dan di luar negara tahun ini.

Ini termasuk menempah tiga ekor kambing buat diri sendiri, suami dan anak perempuannya di Masjid Petempatan Melayu Sembawang.

Berkongsi pengalamannya, suri rumah itu berkata proses ibadah korban di masjid itu cepat dan mengambil masa hanya kira-kira sejam setengah.

Ibadah korban di luar negara pula dikhususkan buat anggota keluarganya yang telah meninggal dunia.

Ditanya mengapa beliau berbuat sedemikian, Cik Hamidah menambah:


“Jadi, kita dapat menyokong ibadah korban di luar negara dan juga orang kita sendir. Alhamdulillah, bagi saya, setiap tahun saya tekad untuk mengumpul wang bagi acara istimewa ini.”


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qurban.sg, Encik Fadzuli Wahab, pula memberitahu BH bahawa pada awalnya sukar untuk mendapat tempahan ibadah korban secara fizikal di sini, namun permintaannya tetap ada walaupun tidak seperti sebelum Covid-19.


Qurban.sg merupakan vendor yang bertanggungjawab mengendali korban di Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Al-Firdaus.


Sebanyak 434 daripada 500 kambing yang ditawarkan di Masjid Petempatan Melayu Sembawang telah disembelih pada Khamis, kata Encik Fadzuli.


Baki 66 kambing dijangka disembelih pada Sabtu, apabila operasi ibadah korban disambung semula di masjid itu.


Di Masjid Al-Firdaus, yang terletak di Choa Chu Kang, sebanyak 153 kambing yang ditempah dari Ladang Hay Dairies telah disembelih pada Khamis, tambah beliau.


Encik Fadzuli menambah mereka yang membuat tempahan telah diberi slot masing-masing untuk datang mengambil daging korban mereka.


Di Masjid Petempatan Melayu Sembawang, kira-kira 12 tempahan dijadualkan setiap jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >