Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD arah firma cetak perketat proses susuli kes pengundi dapat 2 kad undi

Sep 18, 2023 | 08:55 PM



Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan memerlukan syarikat pencetak yang dilantik bagi kad undi pilihan raya memperketat jaminan mutu, selepas 9,822 pengundi di GRC Tanjong Pagar menerima dua kad undi bagi pilihan raya presiden baru-baru ini.

Menteri Pendidikan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, memberitahu Parlimen pada Isnin (18 Sep) bahawa untuk mencegah kesilapan sedemikian pada masa hadapan, ELD akan memerlukan syarikat pencetak Toppan memperketat prosesnya bagi memastikan cetakan ujian kad undi tidak dihantar kepada pengundi dalam pilihan raya akan datang.

ELD dan syarikat pencetak juga akan menjalankan pemeriksaan bersama bagi memastikan semua cetakan ujian kad undi dimusnahkan sebelum kad undi sebenar dicetak, kata Encik Chan.

“ELD dan syarikat pencetak juga akan melakukan audit sampel untuk memastikan butiran dalam kad undi tepat. Ini termasuk memastikan bilangan kad undi yang dicetak bagi sesuatu kawasan undi sama dengan bilangan pengundi di kawasan undi berkenaan.

“Saya ingin memberi jaminan kepada Anggota Parlimen bahawa ELD akan terus bekerjasama dengan syarikat pencetak untuk memperketat prosesnya dan memastikan perlindungan ini dilaksana dengan betul dalam pilihan raya akan datang,” tambahnya.

Encik Chan menjawab soalan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) mengenai pengajaran daripada kejadian itu, dan langkah yang perlu diambil untuk mencegah kesilapan pada masa hadapan.

ELD berkata dalam satu kenyataan pada 24 Ogos bahawa Toppan tersilap menghantar cetakan ujian kad undi bersama kad undi sebenar kepada 4,803 keluarga, yang mempunyai 9,822 pengundi, di GRC Tanjong Pagar.

Daripada 9,822 individu itu, 9,354 menerima dua kad undi dengan nombor siri pengundi berbeza, dan baki 468 pengundi menerima dua kad undi dengan maklumat sama.

Cik Pereira juga bertanya bagaimana masalah itu dikenal pasti, sama ada terdapat laporan kekeliruan, atau masalah yang dihadapi pengundi GRC Tanjong Pagar pada Hari Mengundi, dan jika ada pengundi tidak dapat mengundi disebabkan isu tersebut.

Encik Chan menjawab kesilapan itu timbul apabila syarikat pencetak itu tidak menghapuskan data ujian sebelum ia mencetak kad undi.

“Ia adalah proses yang sama, dan syarikat pencetak yang sama. Jadi, kami akan bekerjasama dengan pencetak ini untuk memastikan kami memperketat (proses) ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >