Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD mohon maaf selepas hampir 10,000 pengundi GRC Tanjong Pagar terima 2 kad undi

Aug 24, 2023 | 07:05 PM



Lebih daripada 4,800 isi rumah di Tanjong Pagar telah menerima dua kad undi untuk pilihan raya presiden akan datang atas kesilapan yang dibuat syarikat pencetak yang dilantik.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, syarikat pencetak, Toppan, telah tersilap menghantar cetakan ujian kad undi bersama kad undian yang betul kepada 4,803 isi rumah yang membentuk 9,822 pengundi di GRC Tanjong Pagar.

Akibat daripada itu, seramai 9,354 daripada 9,822 individu telah menerima dua kad undi dengan nombor siri pengundi berbeza sementara baki 468 pengundi menerima dua kad undi dengan maklumat yang sama.

Pengundi yang terjejas diarahkan mengundi di Sekolah St Margaret, Kelab Masyarakat Tanglin, Sekolah Rendah Farrer Park dan pusat mengundi Delta Sport Hall dalam GRC Tanjong Pagar.

ELD berkata, ia ingin memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa ada proses yang akan dijalankan untuk memastikan mereka yang mempunyai dua kad undi mengundi sekali sahaja di pusat mengundi yang betul.

Ini kerana pengundi perlu mengemukakan kad pengenalan mereka, yang akan diperiksa semasa pendaftaran di pusat mengundi.

Jabatan itu menambah, ia telah menerima maklum balas daripada beberapa pengundi yang diberi kad tambahan itu. Ia sedang menghubungi pengundi terjejas untuk memaklumkan nombor siri pengundi mereka yang betul, tambahnya.

Pengundi juga boleh mendapatkan butiran yang betul daripada kad ePoll mereka di Singpass, yang tepat dan tidak terjejas oleh kesilapan yang berlaku.

Individu terjejas boleh melupuskan kad undi kedua atau yang salah atau menghubungi talian 1800-225-5353 jika perlu bantuan.

ELD memohon maaf atas apa yang berlaku.


Seorang penduduk Tiong Bahru, Encik T. Wong, yang enggan memberikan nama penuhnya, berkata beliau terkejut melihat dua kad dalam peti suratnya pada pagi Khamis.

Warga berusia 56 tahun itu berkata, beliau tertanya-tanya mana yang betul dan bimbang jika menggunakan kad yang salah pada Hari Mengundi, beliau boleh dituduh atas sebab tidak mengundi.

Beliau kemudian memeriksa Singpassnya dan memastikan nombor siri yang betul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >