Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD kemas kini nasihat risiko keselamatan siber semasa pilihan raya

Aug 02, 2023 | 09:50 AM



Dengan kegiatan kempen pilihan raya kian diadakan di dalam talian, Jabatan Pilihan Raya (ELD) telah mengeluarkan nasihat bagi calon dan parti politik berkaitan potensi ancaman siber, dan langkah pencegahan yang boleh diambil mereka.

Ini bagi mengurangkan risiko insiden siber yang menjejas kegiatan mereka, kata ELD dalam satu nasihat yang diterbitkan di laman mereka pada Isnin.

“Peralihan kegiatan ke dalam talian telah memudahkan lagi calon pilihan raya serta parti politik, sementara menambah jangkauan mereka kepada pengundi. Namun, sistem IT yang menyokong kegiatan sedemikian terdedah kepada serangan siber,” kata jabatan itu lagi.

Antara contoh kegiatan berkempen di dalam talian adalah mengadakan rapat di daam talian menggunakan media sosial seperti Facebook dan menganjirkan sesi soal jawab menggunakan platform hubungan video seperti Zoom.

Ini bukan kali pertama ELD telah menerbitkan satu nasihat berkaitan keselamatan siber dan pilihan raya.

Ia turut berbuat demikian pada 2020 dan 2017.

Nasihat terkini meliputi lebih butiran berkaitan potensi ancaman siber dan mengetengahkan lebih banyak saranan tentang langkah pencegahan yang diambil.

Dalam nasihat itu ELD berkata bagi memastikan semua kegiatan kempen dalam talian dilindungi daripada ancaman siber, calon dan parti politik patut mengambil langkah pencegahan yang sesuai untuk melindungi aset digital mereka.

Jabatan itu mengesahkan bahawa terdapat laporan serangan siber di beberapa negara, di mana pelbagai teknik digunakan untuk disasar terhadap parti politik, ahli parlimen dipilih dan calon pilihan raya.

Serangan sedemikian mungkin sebahagian daripada hasrat lebih besar untuk mempengaruhi pengundi, melemahkan keyakinan awam dalam proses pilihan raya atau menjejas usaha kempen, katanya.

Potensi ancaman siber termasuk pencurian atau pelanggaran data, merosakkan laman, perisian tebusan, mengeksploitasi kelemahan dalam sistem IT, akaun media sosial yang dikompromi atau palsu, ancaman dalaman dan serangan kejuruteraan sosial seperti pancingan suara atau mengumpan.

Sekiranya calon, parti politik atau kakitangan kempen mengesyaki bahawa insiden keselamatan siber telah berlaku, laporan polis patut dibuat segera, kata ELD. Mereka juga patut memberitahu jabatan itu, tambah ELD.

Berkaitan langkah pencegahan, ELD berkata calon dan parti politik patut melantik seorang yang bertanggungjawab untuk menguruskan perihal keselamatan siber kempen mereka.

Mereka patut pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat vendor keselamatan siber untuk menyemak dan menguruskan bentuk keselamatan siber sistem kempen pilihan raya, dan memberi respons kepada sebarang insiden berkaitan.

Perlu juga ada akses kawalan ketat ditubuhkan, seperti siapa pentadbir dan keistimewaan akses terpencil kepada aset digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >