Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siaran calon Presiden di TV, radio pada 24 & 30 Ogos

Aug 23, 2023 | 04:30 PM



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah mendedahkan pada Rabu butiran siaran calon presiden yang dijadualkan pada 24 Ogos dan 30 Ogos.

Warga Singapura boleh mendengar mesej yang akan disampaikan ketiga-tiga calon daripada 19 saluran radio atau televisyen percuma, meliputi empat bahasa rasmi.

Jika bahasa yang digunakan calon bukan bahasa rasmi saluran tersebut, Mediacorp akan menyediakan alih suara dan sari kata berdasarkan skrip yang diberikan oleh calon.

Tiga calon yang bakal bertanding bagi jawatan Presiden ialah mantan ketua pegawai pelaburan badan pelaburan negara, GIC, Encik Ng Kok Song; mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam; dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian.

Lebih 2.7 juta warga Singapura akan keluar mengundi pada 1 September untuk memilih Presiden kesembilan negara ini.

Siaran pertama pada 24 Ogos akan dimulakan oleh Encik Ng, disusuli dengan Encik Tharman dan kemudian Encik Tan – berdasarkan susunan abjad nama mereka seperti yang tertera dalam daftar undi.

Susunan siaran akan diterbalikkan bagi siaran kedua pada 30 Ogos.

Calon boleh menyampaikan mesej kempen mereka dalam semua atau mana-mana daripada empat bahasa rasmi.

Kandungan mesej mereka mestilah sama merentas semua bahasa.

Setiap calon mempunyai sehingga 10 minit dalam setiap bahasa untuk siarannya.

Masa siaran adalah sama pada 24 dan 30 Ogos. Berikut perinciannya:

SIARAN BAHASA INGGERIS:


7 malam: CNA bagi televisyen; CNA938, Money FM 89.3, One FM 91.3, Kiss92 FM dan Power 98 bagi radio

9.30 malam: Channel 5 bagi televisyen; Class 95 dan Gold 90.5 bagi radio

SIARAN BAHASA MELAYU:


9.30 malam: Suria bagi televisyen; Warna 942 bagi radio

SIARAN BAHASA MANDARIN:


10.30 malam: Channel 8 bagi televisyen; Capital 958, 96.3 Hao FM, UFM 100.3 dan 88.3 Jia bagi radio

11.30 malam: Channel U bagi televisyen

SIARAN BAHASA TAMIL:


9 malam: Vasantham bagi televisyen; Oli 968 bagi radio




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >