Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

EMA dibenar miliki, kendali prasarana kuasa di bawah undang-undang baru

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



PENGAWAL selia industri tenaga Singapura akan dibenarkan untuk mendapatkan, membangun, memiliki dan mengendalikan prasarana kuasa kritikal di bawah rang undang-undang baru untuk melindungi keselamatan dan kebolehpercayaan tenaga negara.



Ini selepas satu rang undang-undang baru diluluskan di Parlimen semalam.



Rang tersebut menjadikannya satu kesalahan untuk merosakkan sebarang prasarana kabel perumahan atau laluan paip, selain memperkasa Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) untuk melaksanakan piawaian menghijau berhubung firma penjanaan kuasa di sini.



Membentangkan Rang Undang-Undang Tenaga (Pindaan Langkah Berdaya Tahan dan Pelbagai), Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng berkata semasa perbahasan bahawa Singapura hari ini mengharapkan sektor swasta bagi keselamatan tenaga kerana ia memastikan disiplin prasarana dan keberkesanan kos.



Namun sedang negara meninjau untuk menyahkarbonkan, ketidaktentuan dalam pemindahan kepada huraian tenaga baru seperti hidrogen dan karbon, penggunaan dan penyimpanan itu bermakna ia tidak jelas bila ia mungkin menjadi lebih berdaya maju daripada segi kos.



Adalah masih tidak jelas bagaimana gas asli boleh diketengahkan dalam campuran tenaga global masa depan.



"Ketidaktentuan ini boleh menghalang pelaburan swasta. Misalnya, syarikat penjana mungkin tidak bersedia melabur dalam muatan penjanaan baru bagi menggantikan unit penjanaan yang tidak lagi beroperasi.



"Mereka juga mungkin tidak akan bersedia untuk melabur dalam teknologi baru yang merangkumi bahan api yang lebih bersih," kata Dr Tan.



Dalam perbahasan rang undang-undang itu juga, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) melahirkan keprihatinan untuk memastikan dengan pemindahan tenaga, bebanan itu tidak dipikul pengguna daripada isi rumah, perniagaan sehingga ke majlis bandaran.



"Seperti yang kita maklum, kos semakin meningkat bagi sektor binaan, pengilangan ke pengangkutan, logistik dan tenaga manusia.



"Kita juga perlu mengambil kira bahawa di masa hadapan, kita juga akan berdepan dengan GST dan cukai lain lebih tinggi untuk menambah kepada kos penjanaan elektrik," ujarnya.



Justeru, beliau sarankan agar negara mempelbagaikan sumber mendapatkan tenaga dan mengimport bekalan tenaga solar daripada Australia-Asia Power Link (AAPowerLink) sebagai salah satu pilihan.



Satu lagi pilihan ialah memanfaatkan kuasa elektrik dari Malaysia yang akan bermula dalam satu percubaan dua tahun mulai tahun depan sebagai usaha mempelbagai bekalan tenaga negara.



Dr Tan berkata EMA akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kongsi industri untuk meninjau dan membangunkan kos berdaya saing dan mendapatkan huraian yang akan memenuhi kedua-dua keperluan tenaga pada jangka masa panjang dan sasaran pengeluaran rendah.



"Pemerintah akan terus menawarkan sokongan yang disasarkan bagi isi rumah yang berkeperluan untuk membantu mereka mengatasi kos elektrik lebih tinggi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >