BAGI membiayai peralihan tenaga hijau negara ini dan memastikan kestabilan pasaran elektrik, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sedang mengkaji untuk melancarkan bon mampan dan peralihan hijau.
Menurut akhbar The Straits Times, ini adalah sebahagian daripada Program Nota Bertempoh Sederhana Bagi Pelbagai Mata Wang yang bernilai $2 bilion.
Bon hijau adalah instrumen kewangan yang digunakan untuk membiayai projek-projek yang mempunyai faedah alam sekitar, dan menyediakan para pelabur dengan bayaran tetap atau pendapatan tetap.
Pasaran dan para pengawal selia kini sedang bergerak ke arah mengetatkan definisi projek-projek yang layak bagi bon hijau.
Disebaliknya, Bon mampan dan peralihan, disasarkan untuk membantu syarikat-syarikat atau pemerintah yang mempunyai karbon intensif untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau mereka.
Bon-bon ini boleh melibatkan projek-projek yang berkaitan dengan gas asli seperti menambahkan kepada loji gas asli yang sedia ada untuk mengurangkan intensiti pelepasan mereka.
Menurut penganalisis penyelidikan kredit Bank OCBC, Cik Ezien Hoo, ini sebaliknya tidak layak bagi terbitan bon hijau.
Cik Hoo juga menyatakan bahawa bon itu, jika dilancarkan, akan menjadi terbitan bon sulung EMA, dan dilakukan selepas beberapa agensi awam telah melakukan sedemikian untuk membiayai pelbagai jenis prasarana yang mampan.
Menurut tender EMA yang berhubung dengan penubuhanProgram Nota Bertempoh Sederhana Bagi Pelbagai Mata Wang yang dilancarkan pada portal pemerintah, GeBiz, hasil daripada program itu akan digunakan untuk membiayai antara lain, projek-projek infrastruktur dan pelaburan, serta membiayai semula pinjaman sedia ada.