Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Empat beradik di barisan hadapan lindungi negara

Apr 23, 2020 | 05:30 AM



MEREKA harus terus memperkuatkan diri dalam perjuangan mengatasi wabak koronavirus di barisan hadapan sedang tugas masing-masing semakin mencabar.



Demikian dorongan yang dikongsi kepada setiap anggota keluarga lima anak yang antara mereka, dua menyertai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), satu pula bertugas sebagai pegawai polis, lagi seorang bekerja sebagai jururawat di Hospital Tan Tock Seng dan seorang lagi bekerja sebagai pengurus cawangan serantau sebuah firma makanan dan minuman.



Sejak Covid-19 mula menular di Singapura hingga kini, setiap mereka telah ditimpa pelbagai tugas yang kian bertambah sejajar peningkatan jumlah kes jangkitan di sini.



"Kami menyaksikan jumlah panggilan 995 yang semakin meningkat sejak wabak ini berlangsung, kebanyakan merupakan panggilan kecemasan," kata Pegawai Waran Pertama (WO1) Firdaus Surani, 37 tahun, seorang Spesialis Pusat Operasi SCDF.



Beliau yang merupakan hubungan pertama pihak SCDF mempunyai tanggungjawab mengumpulkan maklumat yang penting untuk menawarkan respons yang sesuai berdasarkan panggilan itu.



"Ini termasuk mengaturkan jenis perubatan yang diperlukan bagi mereka yang disyaki sebagai pesakit yang menghidap gejala koronavirus," tambah bapa dua anak itu.



Adik lelakinya, yang juga anggota SCDF, Sarjan (3) Faiz Surani, 27 tahun, bertugas sebagai paramedik di balai bomba Woodlands.



Beliau berkongsi bahawa rasa letih adalah sesuatu yang harus diatasi kerana beliau diwajibkan memakai alat pelindung peribadi (PPE) sewaktu bertugas dan kadangkala harus memakainya buat tempoh lebih lama dan ketika cuaca panas.



"Sebelum wabak koronavirus ini, kami tidak perlu memakai PPE jika terdapat panggilan kecemasan. Namun sekarang, setiap kali kami mengendali kes, kami harus memakainya," kata beliau.



Sementara itu, kakaknya, Cik Fazlina Surani, seorang klinisian jururawat berusia 36 tahun, sering menekankan kepada Sgt Faiz agar memakai alat tersebut dengan betul.



Cik Fazlina bertugas di Unit Buah Pinggang Hospital Tan Tock Seng.



Antara tanggungjawabnya sewaktu wabak ini ialah untuk membantu pesakit kencing manis yang harus menjalani Perintah Kuarantin dari Rumah dan pemantauan radang paru-paru yang diperluas.



Ini tidak termasuk tugasnya yang sedia ada di unit Buah Pinggang itu.



"Saya sangat prihatin terhadap adik-adik saya dan saya sering menasihati mereka untuk menjaga kesihatan masing-masing secara kerap," kata ibu empat anak itu.



"Kami mempunyai hubungan yang erat hinggakan kadangkala, kami akan menyelaras syif masing-masing supaya dapat mengaturkan masa untuk bertemu satu sama lain," katanya lagi.



Namun, dengan pengorbanan itu, mereka teringat nasihat ibu bapa menggalakkan mereka untuk berkhidmat kepada negara, kata Staf Sarjan Sakinah Surani, 29 tahun, yang bertugas sebagai pegawai polis yang dikerah untuk melaksanakan penguatkuasaan di Kemudahan Kuarantin Pemerintah.



Dalam pada itu, ibu mereka, Cik Khairon Aziz Khan, 59 tahun, turut meluahkan rasa bangga terhadap semua anak-anaknya.



"Walaupun saya rasa bimbang, namun saya tetap yakin setiap mereka akan sentiasa melakukan yang terbaik buat negara kita," kata suri rumah sepenuh masa itu.



Beliau menjelaskan bahawa dua anaknya, WO Firdaus dan Cik Fazlina, sudah mempunyai rumah sendiri dan tinggal bersama keluarga masing-masing.



Lagi tiga anaknya masih tinggal bersama beliau dan suami, Encik Surani Kasman, 62 tahun.



Sambil meluahkan keprihatinan terhadap lima anaknya itu, Encik Surani menggesa orang ramai agar terus mematuhi perintah jarak selamat dan jangan keluar rumah supaya anak mereka dapat melakukan kerja dengan baik dan pulang ke rumah dengan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >