Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat ditangkap, pelbagai dadah bernilai $480,000 dirampas

CNB
Feb 03, 2023 | 05:30 AM



EMPAT warga Singapura, berusia antara 36 dengan 54 tahun, ditangkap Selasa lalu kerana disyaki terlibat kegiatan menyalah guna dadah.



Seorang daripada mereka bertindak ganas semasa operasi penangkapan itu.



Dalam satu kenyataannya, Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata sekitar 6,888 gram (g) heroine, 9g metamphetamine atau Ice, 22g ganja, 102 pil Erimin-5, dan 14 botol metadon - semuanya dianggar bernilai $480,000 - dirampas semasa operasi itu.



Pada petang Selasa lalu, pegawai CNB menangkap seorang lelaki berusia 49 tahun dan seorang wanita berusia 36 tahun di sebuah unit di kawasan Jurong West Street 93 kerana disyaki mengedar dadah.



"Sedang pegawai cuba menahan kedua-dua suspek, lelaki itu bertindak ganas dan pegawai terpaksa menggunakan kekerasan yang sewajarnya," kata jurucakap CNB.



Beberapa paket dan straw mengandungi kira-kira 70g heroin ditemui pada lelaki itu.



Pegawai kemudian menyerbu rumah lelaki tersebut di blok yang sama, di mana mereka menahan dua lelaki lain, berusia 51 dan 54 tahun, di dalam flat itu.



Kira-kira 7g heroin, dua pil Erimin-5 dan lima botol metadon dirampas dari pelbagai lokasi dalam flat tersebut.



Sebelum kedua-dua lelaki itu ditangkap, adalah dipercayai bahawa beberapa dadah terkawal dibuang dari tingkap flat tersebut.



Pegawai kemudian menjumpai dadah-dadah itu, termasuk paket mengandungi kira-kira 32g heroin.



Lelaki berusia 49 tahun dan wanita berusia 36 tahun itu turut dibawa ke tempat persembunyian seorang lagi lelaki yang disyaki di blok yang sama.



Kira-kira 667g heroin, 9g Ice, 22g ganja, 100 pil Erimin-5 dan sembilan botol metadon ditemui.



Pengarah divisyen risikan CNB, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Aaron Tang, berkata 6,788g heroin yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 3,200 penyalah guna selama seminggu.



"Sekiranya dadah yang dirampas daripada operasi itu diedarkan di Singapura, kehidupan 3,200 penyalah guna ini dan keluarga mereka akan musnah.



"Tidak ada tempat untuk dadah dalam masyarakat kita," kata beliau.



Di bawah undang-undang sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih 15g diamorphine, atau heroin tulen, 250g Ice atau 500g ganja boleh menghadapi hukuman mati.



Siasatan ke atas kegiatan penyalahgunaan dadah itu sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >