Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat orang diberkas kerana penipuan pancingan data bank

Aug 20, 2022 | 03:22 PM



 



POLIS memberkas tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 34 dengan 46 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri jenayah penipuan pancingan data bank yang menyasarkan pelanggan bank.





Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini (20 Ogos), Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pihaknya menerima beberapa laporan mengenai jenayah tersebut pada bulan ini.





Mangsa dikatakan telah menerima SMS yang menyatakan akaun bank mereka telah digantung buat sementara waktu dan mereka dinasihati mengaktifkan semula akaun mereka dengan mengklik pautan URL yang dihantar.





Apabila diklik, pautan tersebut membawa mangsa ke laman log masuk perbankan Internet yang palsu, di mana mereka perlu memberikan butiran kad kredit dan kata laluan sekali (OTP) yang telah dihantar ke telefon bimbit mereka.





Mangsa kemudian menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila mereka mendapati transaksi tanpa kebenaran dibuat daripada akaun bank mereka.









Antara 18 dengan 19 Ogos lalu, pegawai  daripada Jabatan Risikan Polis dan Jabatan Ehwal Komersial (CAD) telah menjalankan operasi seluruh negara dan empat suspek telah diberkas.





Suspek berkenaan - tiga lelaki dan seorang wanita - disyaki terlibat dalam sindiket transnasional yang melakukan penipuan pancingan data bank di Singapura.





Menurut kenyataan polis, siasatan awal mendedahkan bahawa empat suspek itu terlibat dalam menghantar SMS kepada lebih 100 pengguna telefon di Singapura untuk memperdaya mangsa supaya memberikan butiran kad kredit mereka melalui laman web bank palsu.





Mereka telah dihadapkan ke mahkamah semalam dengan kesalahan bersubahat untuk mengakses komputer dengan niat  melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(3) yang dibaca bersama Seksyen 12 Akta Penyalahgunaan Komputer 1993.




Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi $50,000, dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >