Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat strategi antipenipuan S’pura

Sep 13, 2023 | 04:05 PM



Strategi antipenipuan Singapura, yang melibatkan pendekatan Keseluruhan Pemerintah (WOG), terdiri daripada empat tonggak utama – menghalang dan menyekat pendekatan penipu; mengesan dan melaporkan penipuan; mendapatkan semula wang mangsa; dan mendidik orang ramai.

Dalam taklimat media agensi bersama yang diadakan di New Phoenix Park pada Isnin, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menggariskan bahawa mendidik orang ramai tentang penipuan kekal penting.

Ini kerana penipuan kebanyakannya disebarkan melalui media sosial dan aplikasi pengiriman mesej.

TONGGAK PERTAMA – MENGHALANG DAN MENYEKAT PENDEKATAN PENIPU

Pemerintah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menjamin saluran komunikasi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), panggilan, e-mel dan laman web.


Antara usaha tersebut adalah pelancaran Pendaftar ID Pengirim SMS (SSIR) bagi membantu pengguna mengenal pasti mesej penipuan pada telefon mereka.

Mesej teks dikirim syarikat yang bukan sebahagian daripada SSIR akan dilabelkan sebagai ‘LIKELY-SCAM’, atau ‘Mungkin Penipuan’, pada mesej penerima.

Sejak ia diperkenalkan pada 31 Januari 2023, 3,600 peniaga telah mendaftar dengan SSIR, dengan lebih 95 peratus SMS kini dihantar menggunakan identifikasi (ID) pengirim berdaftar.

Jumlah kes penipuan yang dilakukan melalui SMS turun sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga bulan (Februari 2023 hingga April 2023) selepas SSIR diperkenalkan, berbanding tempoh dari November 2022 hingga Januari 2023.

Dalam tinjauan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), empat daripada lima responden bersetuju bahawa label “Mungkin Penipuan” menjadikan mereka lebih berhati-hati tentang kesahihan SMS yang diterima.

Selain itu, pemerintah juga bekerjasama dengan platform dalam talian untuk menyekat penipuan, serta menggalakkan platform tersebut melaksanakan ciri-ciri keselamatan.

Di bawah Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (OCHA) yang diperkenalkan pada Mei 2023, pemerintah boleh mengarahkan laman, aplikasi dan akaun dalam talian yang disyaki digunakan bagi kegiatan jenayah untuk dipadam.

Di samping itu, Jawatankuasa Berbilang Kementerian berhubung Penipuan (IMCS) memperkenalkan Penilaian Keselamatan Urus Niaga Ruang Pemasaran E-Dagang (TSR) bagi memaklumkan pengguna mengenai langkah antipenipuan seperti mengesahkan pengguna dan pilihan bayaran selamat.

TONGGAK KEDUA – MENGESAN DAN MELAPORKAN PENIPUAN

Untuk memudahkan orang ramai melaporkan penipuan, Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) dan Produk Pemerintah Terbuka (OGP) daripada GovTech bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk membangunkan aplikasi mudah alih ScamShield.

Dilancarkan pada November 2020 untuk pengguna iPhone dan pada September 2022 untuk pengguna Android, aplikasi itu menyekat panggilan daripada nombor telefon digunakan dalam kes penipuan lain atau dilaporkan oleh pengguna ScamShield.

ScamShield dapat mengenal pasti dan menapis mesej dari penipu serta menghambat panggilan oleh nombor telefon yang disahkan terjejas dengan penipuan.

Kedua-dua fungsi itu mengurangkan peluang penipu menghubungi mangsa dan membolehkan pengguna melaporkan kiriman teks oleh penipu serta menerima maklumat tentang trend penipuan terkini.

TONGGAK KETIGA – MENDAPATKAN SEMULA WANG MANGSA

Sekiranya penipuan berlaku, polis akan bekerjasama dengan bank (tempatan dan luar negara) untuk membendung penipuan dengan pantas, membekukan akaun yang terjejas bagi mendapatkan semula wang mangsa.

Apabila seorang pelanggan mengesyaki beliau telah menjadi mangsa penipuan atau diberitahu bank mengenai transaksi tidak diluluskan melibatkan akaunnya, beliau patut menghubungi segera bank atau menghidupkan “suis mati” yang ditawarkan bank untuk membekukan akaunnya.

Untuk memudahkan kerjasama rapat, pegawai bank, polis, dan kakitangan daripada GovTech dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) ditempatkan di satu lokasi iaitu Pusat Anti-Penipuan (ASC).

ASC telah ditubuhkan sebagai unit khusus di bawah Jabatan Ehwal Komersial (CAD) pada 2019 untuk memerangi penipuan dan membantu warga Singapura terlibat dalam kes penipuan, sama ada di dalam atau luar negara.

Di samping itu, Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Jenayah Berat Lain (Perampasan Faedah) (CDSA) dan Akta Penyalahgunaan Komputer (CMA) telah dipinda untuk membolehkan pemerintah mengambil tindakan yang lebih berkesan terhadap penipuan.

TONGGAK KEEMPAT – MENDIDIK ORANG RAMAI

Akhir sekali, pemerintah bekerja rapat dengan rakan kongsi daripada sektor privet dan orang awam untuk menyediakan program pendidikan dan meningkatkan kesedaran tentang penipuan.

Antaranya adalah kempen ‘ACT’, iaitu singkatan bagi ‘Menambah’ (Add), ‘Periksa’ (Check) dan ‘Beritahu’ (Tell) pihak berkuasa dan orang lain untuk membanteras penipuan.


‘ACT’ menggariskan tiga tindakan yang perlu diambil individu untuk melindungi diri mereka dan masyarakat daripada penipuan:

1) Menambah ciri keselamatan seperti ScamShield dan pengesahan dua faktor untuk akaun peribadi.

2) Semak petanda penipuan yang berpotensi dengan bertanya soalan, permintaan semakan fakta untuk maklumat peribadi dan pemindahan wang, dan mengesahkan kesahihan penyenaraian dan ulasan dalam talian. Luangkan masa untuk melakukan semakan.

3) Beritahu pihak berkuasa dan orang lain tentang pertemuan penipuan dengan melaporkan kepada bank, ScamShield, atau dengan memfailkan laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >