Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerugian cecah sekurang-kurangnya $12 juta sejak Januari 2023

Penipu samar jadi ‘rakan’, 3,718 jadi mangsa

Jul 05, 2023 | 03:18 PM



Trend penipuan melibatkan panggilan telefon yang kononnya dibuat oleh seorang ‘orang yang dikenali’ telah timbul, menurut polis yang mendedahkan demikian dalam satu kenyataan pada Rabu.

Si penipu akan menghubungi mangsa menerusi mesej teks atau panggilan dan menyamar sebagai seseorang yang dikenali, dan kemudiannya meminta bantuan kewangan.

Sejak Januari 2023, sekurang-kurangnya 3,718 orang telah menjadi mangsa, dengan kerugian mencecah sekurang-kurangnya $12 juta secara keseluruhan.

Menurut pemantauan polis, jenis penipuan baru itu melibatkan penipu yang menyamar sebagai rakan atau orang yang dikenali.

Dia kemudian mengirim pautan berbahaya kepada mangsa, meminta agar membantu mereka dalam tugasan mudah seperti membuat tempahan restoran atau menjejaki telefon yang hilang.

Pautan itu akan membawa mangsa sama ada kepada laman pancingan data atau untuk memuat turun fail Kit Pakej Android (APK) – aplikasi untuk sistem operasi Android.

Apabila mangsa memasukkan butiran perbankan atau kad mereka untuk membuat bayaran, mangsa akan sedar tentang urus niaga yang tidak disahkan daripada akaun bank atau kad mereka.

Sebaik sahaja mangsa memuat turun aplikasi yang mengandungi perisian hasad itu, ia akan memberi penipu akses kepada peranti mangsa serta kata laluan yang disimpan di dalamnya.

“Polis ingin mengingatkan orang ramai tentang bahaya memuat turun aplikasi daripada laman mencurigakan atau pihak ketiga yang boleh membawa kepada perisian hasad yang dimasukkan ke dalam telefon bimbit, komputer dan alat teknologi komunikasi maklumat (ICT) mangsa,” kata polis.

Penipu katanya akan memperdaya mangsa untuk memuat turun aplikasi yang dijangkiti perisian hasad di luar kedai aplikasi.

Orang ramai dinasihati agar tidak memuat turun fail APK yang mencurigakan kerana ia boleh mengandungi perisian hasad memancing data.

Sebaliknya, mereka patut memuat turun aplikasi hanya daripada kedai aplikasi rasmi contohnya Google Play Store.

Antara langkah yang boleh diambil orang ramai adalah untuk memuat turun aplikasi ScamShield dan menetapkan ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor (2FA), serta aplikasi antivirus dan antiperisian hasad.

Selain itu, usah biarkan telefon muat turun aplikasi yang tidak diketahui atau daripada sumber tidak diketahui dan jangan beri keizinan kepada ‘pop-up’ yang meminta akses kepada data atau peranti, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >