Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam didenda $3,000 sertai perhimpunan di Pulau Lazarus

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



ENAM orang masing-masing didenda $3,000 kerana menyertai perhimpunan yang dilarang di Pulau Lazarus semasa pandemik Covid-19 pada 8 Ogos lalu.



Mereka sebahagian kumpulan 12 orang yang berhimpun di pulau tersebut dan melanggar peraturan Covid-19, yang melarang perhimpunan sosial lebih lima orang yang tidak tinggal sebumbung.



Natalie Joanna Sarkies, 29 tahun; Zoe Louise Cronk, 30 tahun; Jeff Richard Alexander, 32 tahun; Lowri Mair Jeffs, 31 tahun; Richard Henri Lagesse, 31 tahun dan William Edwin Dunford, 32 tahun, masing-masing mengaku bersalah di bawah Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara).



Sarkies seorang warga Singapura, sementara yang lain warga Britain.



Alexander, Jeffs dan Dunford diwakili Encik Shafiuddin Ong dari Emerald Law, sementara Sarkies, Cronk dan Lagesse tidak diwakili peguam.



Menurut dokumen mahkamah, kumpulan 12 orang itu menaiki feri ke Pulau St John's pada 8 Ogos, 11 pagi.



Setibanya di sana, kumpulan itu berjalan kaki ke Pulau Lazarus, yang dihubungkan dengan Pulau St John's.



Mereka mengadakan beberapa kegiatan riadah di sana sebelum menaiki feri untuk pulang ke Singapura sekitar 6 petang.



Mahkamah diberitahu bahawa Sarkies menerbitkan gambar-gambar dari kegiatan itu di akaun Instagram dan menyusuli itu, gambar-gambar tersebut dilaporkan oleh beberapa media.



Perkara itu menarik perhatian awam dan menyebabkan keprihatinan, kata Timbalan Pendakwa Raya Timotheus Koh, yang menggesa mahkamah mengenakan denda $3,000 bagi setiap pesalah, selaras dengan denda yang dikenakan ke atas 12 orang yang terlibat dalam perhimpunan serupa di Kallang.



Encik Ong tidak bersependapat, dan berkata kliennya masing-masing harus didenda $2,500 sahaja, kerana kegiatan mereka berlaku semasa Fasa Kedua pembukaan semula negara, berbanding kes di Kallang, yang berlaku semasa tempoh pemutus litar.



Lagi seorang anggota kumpulan itu, warga Britain berusia 32 tahun, Paul Jonathon Gold, didenda $3,000 pada 14 Oktober.



Kes bagi lima lagi anggota kumpulan, Helen Ann Sullivan, 30 tahun; Joshua Adam Roth, 31 tahun; James Riby Oram Trimming, 31 tahun; Luong Thi Thu Ha, 31 tahun, dan Edward John Joseph Lee-Bull, 32 tahun masih belum diputuskan.



Jika didapati bersalah, pesalah pertama boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga $10,000 atau kededuanya sekali.



Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sehingga $20,000 atau kededuanya sekali.



Semalam, Singapura melaporkan lagi lima kes baru Covid-19, termasuk satu kes dalam masyarakat - yang pertama dalam 16 hari. Baki empat kes adalah yang diimport.



Ini menjadikan bilangan kes keseluruhan 58,195.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >