Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam kedai, termasuk dua cawangan 7-Eleven, digantung menjual tembakau selama enam bulan

Oct 10, 2018 | 04:30 PM



Enam penjual tembakau yang menjual rokok kepada pembeli berusia bawah 18 tahun telah dilarang menjual produk tembakau selama enam bulan, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam kenyataannya pada Rabu (10 Oktober).



Penggantungan itu berkuatkuasa antara Julai dengan September tahun ini. Antara kedai yang terjejas ialah cawangan 7-Eleven di 639 Punggol Drive dan 319A Anchorvale Drive.



Kedai lain yang digantung ialah SM Mart di Teban Gardens Road, Ibrahim Trading di Commonwealth Avenue West, Gui Bin Minimart di Bukit Batok Street 22 dan Big Retail Supermarkets di Choa Chu Kang North 5.



Pihak berkuasa telah menangkap penjual menyusuli tindakan pemerhatian dan penguatkuasaan untuk mencegah penjualan produk tembakau kepada pembeli bawah usia 18 tahun  - sesuatu yang dilarang undang-undang.



Menurut HSA, penjual tidak meminta kad pengenalan untuk memeriksa usia pembeli, kerana berkata terlalu sibuk atau mendapati pembeli cukup usia.



Dalam satu kes, salah sebuah kedai didapati menjual tembakau kepada pembeli berusia 17 tahun, yang sedang membeli tembakau untuk rakannya yang berusia 14 tahun.



Penjual tembakau menanggung risiko melanggar undang-undang jika mereka menilai usia pembeli dengan memerhati keadaan pembeli itu sahaja, kata HSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >