Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enjin rosak mungkin punca pesawat Air China lakukan pendaratan cemas

Sep 11, 2023 | 04:08 PM



Kegagalan mekanikal enjin mungkin punca kebakaran yang memaksa penerbangan Air China dari Chengdu, di wilayah Sichuan, melakukan pendaratan kecemasan di Singapura pada Ahad.

Ini menurut penilaian awal syarikat penerbangan China itu dalam satu pos di platform media sosial Weibo pada kira-kira 1 pagi Isnin.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Air China berkata sembilan anak kapal dalam penerbangan CA403 itu mengendalikan insiden tersebut dengan betul dan mengikut prosedur.

Juruterbang pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu di Chengdu pada 11.05 pagi Ahad itu mengisytiharkan kecemasan dan meminta keutamaan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada kira-kira 3.59 petang selepas melaporkan asap di ruang kargo hadapan dan tandas pesawat.

Selepas ia mendarat di Landasan 3 Lapangan Terbang Changi pada kira-kira 4.15 petang, gelongsor kecemasan pesawat digunakan untuk menurunkan penumpang.

Air China menambah, 146 penumpang pesawat itu memberikan kerjasama, yang melancarkan proses tersebut.

Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang bertindak segera terhadap kejadian itu dan memadamkan api di bahagian kiri enjin kira-kira pada 4.25 petang.

Dalam posnya di Weibo, Air China berkata: “Dengan bantuan Lapangan Terbang Changi, kerja menempatkan semula penumpang telah selesai. Kami memohon maaf kepada penumpang yang terjejas.”

Pendaratan cemas itu menyebabkan salah satu landasan di Lapangan Terbang Changi ditutup hampir tiga jam. Ini menangguhkan penerbangan berlepas dan tiba di lapangan terbang tersebut.

Satu pesawat telah dilencongkan ke Batam, Indonesia, semasa penutupan landasan, tetapi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi tidak menyatakan berapa banyak penerbangan lain yang terjejas.

Sembilan penumpang dalam pesawat Air China itu mengalami kecederaan ringan akibat terhidu asap dan melecet semasa turun.

Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura sedang menyiasat kejadian itu dan telah menghubungi rakan mereka dari China, yang akan membantu siasatan, tambah CAAS.

Penerbangan Air China itu menggunakan pesawat Airbus A320neo yang berusia lebih empat tahun.

Pesawat itu menggunakan enjin Pratt & Whitney PW1100G, yang dibelenggu masalah keandalan dan memaksa banyak syarikat penerbangan menghentikan khidmatnya pada masa lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >