Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN

Era baru bawa cabaran besar

Aug 15, 2023 | 05:30 AM



Singapura dalam “era baru” menyaksikan negara ini berdepan satu cabaran besar, dalam pembentukan sebuah masyarakat yang sepadu biarpun berbeza pandangan.

Ini kata Encik Tharman Shanmugaratnam, bukan sahaja menyentuh soal politik tetapi meliputi konteks lebih meluas dalam kalangan rakyat mahupun dalam lingkungan masyarakat yang pelbagai.

“Kita perlu belajar mendengar antara satu sama lain, berbincang sesuatu perkara antara satu sama lain. Cuba mencari persamaan, dan jika anda tidak dapat mencari persamaan, sekurang-kurangnya menghormati perbezaan pandangan, tetapi masih tetap bersama berasa sebagai rakyat Singapura, dan ini memerlukan kepimpinan politik,” katanya dan turut menekankan usaha membina kesepaduan rakyat ini memerlukan sistem yang menyeluruh, termasuk kepresidenan itu sendiri.

“Ia memerlukan rakyat Singapura sendiri, memikirkan lebih mendalam tentang perasaan sebagai rakyat Singapura yang sepadu walaupun kita boleh mempunyai pandangan berbeza, pandangan politik yang berbeza, pandangan berbeza tentang sesuatu isu yang khusus. Itulah perubahan yang sedang melanda.

“Ia bukan disebabkan oleh sesuatu perkembangan yang tidak dijangkakan dalam masyarakat kita. Ini adalah satu perubahan yang boleh diramalkan. Masyarakat kita sedang berubah,” terang Encik Tharman lagi.

Namun begitu, berbanding Singapura, situasi dunia adalah jauh lebih merisaukan dengan risiko ketegangan semakin memuncak dan konflik pula berlaku dalam pelbagai bentuk.

“Bukan perang secara terang-terangan, tetapi konflik dalam bentuk berbeza, antara Amerika Syarikat (AS) dan China, yang semakin meningkat dan disebabkan itu, lebih banyak negara yang bersaiz sederhana dan saiz kecil, tidak dapat tidak, ditarik masuk ke dalam konflik ini dan ini adalah isu yang sangat penting untuk negara kecil.

“Bagaimana kita dapat mencari jalan kita sendiri? Bagaimana kita dapat mengemudi perjalanan kita melalui sekitaran jagat yang mengancam, baik dalam ekonomi mahupun politik? Keadaan dunia sekarang adalah sangat berbeza jika dibandingkan di mana kita berada dalam sesingkat tempoh lima tahun lalu dan ini akan menjejas semua orang,” kata Encik Tharman.

Keadaan begini ujarnya, menjadikan Singapura lebih sukar menangani cabaran global yang biasa, kerana untuk ia ditangani, memerlukan kedua-dua AS dan China bekerja bersama-sama.

“Anda hanya boleh menangani cabaran besar global, yakni perubahan iklim dan krisis air sedunia jika anda bekerja bersama-sama. Ini adalah satu cabaran besar. Saya dapat menyatakan keadaan sedunia adalah lebih membimbangkan berbanding perubahan yang sedang kita lalui dalam negara sendiri..

“Kebanyakan rakyat biasa di Singapura, tentu sekali tidak memberi tumpuan kepada cabaran global tetapi sebagai sebuah negara, kita perlu respon. Kita perlu menjaga kedudukan kita dan kita mesti dihormati di peringkat antarabangsa. Jadi inilah era baru yang saya perkatakan.

“Hakikatnya ia adalah era baru berbanding masa lalu dan perubahan yang mencabar ini merupakan sebab utama saya memutuskan untuk tampil bagi pertandingan presiden ini,” terang Encik Tharman.

Menyentuh tentang peranannya semasa di Kabinet dan bagaimana ia dapat disesuaikan sekiranya beliau menjadi Presiden Dipilih, Encik Tharman berkata, beliau sememangnya bersedia untuk itu.

“Sejak beberapa tahun lalu, saya sangat aktif dalam mempersiapkan dan menasihati pasukan 4G (kepimpinan generasi ke-4). Saya bekerja rapat dengan mereka. Dalam Kabinet, kami adalah satu kumpulan yang demokratik, mendengar pandangan dari sekeliling meja, dari yang termuda, ada yang belum pun menjadi menteri penuh kepada yang lebih tua. Itu menjadi satu budaya sejak zaman Encik Lee Kuan Yew lagi,” jelasnya.

Tambahnya lagi, selepas menyerahkan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan kepada Encik Heng Swee Keat pada awalnya, dan selepas itu kepada Encik Lawrence Wong, sebahagian besar peranannya adalah dengan bekerja rapat dengan kepimpinan muda dalam banyak bidang, terutama sekali dasar-dasar sosial dan ekonomi.

“Saya tidak punya masalah langsung dalam berdepan dengan kepimpinan 4G, tidak sedikit pun. Apabila Perdana Menteri yang baru mengambil alih (kelak), saya yakin bahawa dengan kebolehan saya mengadakan perbincangan secara peribadi, dan ini dibolehkan dalam rangka kerja kepresidenan, mengadakan perbualan secara peribadi dan rahsia dengan Perdana Menteri, saya yakin ia akan diteruskan.”

Ditanya sekiranya sebagai mantan menteri kewangan beliau sedia berkongsi pandangan tentang perkara yang boleh dibawakan ke dalam Belanjawan Negara demi membantu rakyat, Encik Tharman menolak hal ini.

“Itu adalah isu dasar dan saya fikir calon presiden dan presiden mendatang tidak harus mengemukakan isu menyentuh dasar-dasar khusus, pendekatan peranan saya begitu diketahui, dan ia adalah sebahagian daripada pemikiran saya bahawa sebagai pemerintah kita perlu mengutamakan rakyat, dan sebagai seorang yang datang dari padang berbeza (selaku presiden), perlu mencari kesepakatan, di mana saya lebih condong ke arah masyarakat yang lebih saksama dan maju, melakukan lebih banyak untuk mereka yang bermula dengan kekurangan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >