Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Erat kekeluargaan dengan sifat positif, bantu anak nilai kebaikan dan keburukan: Khutbah

Aug 13, 2022 | 05:30 AM



HUBUNGAN kekeluargaan yang erat dan penuh rahmah akan membentuk sifat-sifat positif, yang dapat membantu anggota keluarga, khususnya anak-anak, dalam menilai kebaikan dan keburukan.



Namun, sekuat mana sokongan ahli keluarga dalam membentuk peribadi yang baik, ia memerlukan usaha dari setiap individu untuk mencapai kebaikan.



Demikian teras khutbah solat Jumaat yang disampaikan oleh khatib-khatib semalam di masjid-masjid serata negara.



"Sokongan serta doa ibu dan ayah tidak mencukupi jika anak-anak tidak mahu berusaha untuk mencapai kebaikan bagi diri mereka sendiri," menurut khutbah tersebut.



Bagaimanapun, khutbah itu menekankan dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar, tiada siapa yang terselamat daripada melakukan kesilapan.



Ini jelas disebutkan oleh Nabi saw dalam hadis yang bermaksud: "Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat."



Justeru, khutbah itu mengingatkan Muslim akan tanggungjawab memelihara diri dari anasir yang buruk.



Namun, ia akur, adakalanya manusia tergelincir dalam kancah kemungkaran.



"Setiap kita perlu ingat akan tanggungjawab masing-masing memelihara diri dari anasir yang buruk. Tetapi adakalanya kita tergelincir dalam kancah kemungkaran.



"Agama telah meletak batasan-batasan yang jelas. Tanggungjawab kita adalah berusaha mengikuti perintah Allah dalam menjauhi dan mengelakkan batasan-batasan tersebut.



"Ini termasuk melakukan dosa seperti melakukan hubungan kelamin di luar pernikahan sama ada dengan lain jenis mahupun yang sama jenis seperti yang didengari hari ini," kata khutbah tersebut.



Sehubungan itu, khutbah tersebut menarik perhatian bahawa apabila seseorang melakukan perbuatan yang haram, ia tidak mengeluarkannya dari Islam.



Malah, perbuatan haram yang dilakukan itu tidak menghalangnya daripada mendapat taubat dan rahmat dari Allah.



"Sebesar mana pun kesalahan dan dosa yang dilakukan, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang ikhlas," kata khutbah itu lagi.



Memberi contoh cara Nabi Muhammad mengendalikan kes yang mencabar dengan cara yang penuh hikmah, khutbah itu berkata meskipun jelas dalam Islam bahawa hukum Allah tidak boleh dikompromi dan perkara yang diharamkan tidak boleh dihalalkan sama sekali, namun Baginda tetap berkompromi dalam muamalahnya (interaksinya) bersama orang-orang yang melanggar hukum Allah.



"Baginda tidak menghukum terus mereka yang terlibat dalam perbuatan dosa itu. Malah, Baginda memberi teguran dan nasihat agar mereka tidak mengulanginya," menurut khutbah itu, sambil mengingatkan Muslim agar jangan merasa diri lebih baik dari orang-orang yang melakukan kesalahan kerana Allah Maha Mengetahui siapakah yang paling bertakwa kepada-Nya.



Teks penuh khutbah: Khutbah: Sebesar mana kesalahan, dosa, pintu taubat sentiasa terbuka




"Tanggungjawab kita adalah berusaha mengikuti perintah Allah dalam menjauhi dan mengelakkan batasan-batasan tersebut. Ini termasuk melakukan dosa seperti melakukan hubungan kelamin di luar pernikahan sama ada dengan lain jenis mahupun yang sama jenis seperti yang didengari hari ini."
- Khutbah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >