Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

ESM Goh diberi Anugerah Rakan Cemerlang 4PM

Apr 04, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kanan Emeritus dan mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong telah diberikan Anugerah Rakan Cemerlang Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) bagi mengiktiraf dan menghargai sokongan kukuh dan tidak pernah pudar, serta bimbingan dan inspirasi terhadap persatuan itu dan masyarakat Melayu/Islam.



Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri bagi Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong di HuBelia @ 4PM yang terletak di Bedok Reservoir Road semalam.



Dalam kata-kata penghargaan yang dibaca oleh Timbalan Presiden 4PM Encik Ismail Hakim, persatuan itu telah menghargai bimbingan serta kata-kata perangsang yang diberikan ESM Goh untuk menjadi 4PM lebih relevan dan berkesan.



Persatuan itu turut menghargai sokongan berterusan ESM Goh terutama dalam projek Ramadan-On-Wheels 2010, meski selepas beliau mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.



"ESM Goh akan terus diingati oleh kami di 4PM atas kepercayaannya terhadap warga muda dan sokongan teguhnya terhadap pelbagai sumbangan 4PM dalam membangunkan masyarakat di Singapura.



"Seorang (mantan) Perdana Menteri yang berjiwa rakyat termasuk bagi masyarakat Melayu/Islam, rasa hormat dan kagum kami terhadap ESM Goh," kata Encik Ismail.



Anugerah Rakan Cemerlang 4PM merupakan penghargaan bagi mereka yang telah memberikan sokongan dan bimbingan berterusan kepada persatuan itu dalam masa-masa baik dan sukar.



Penerima lalu anugerah itu termasuk mendiang Dr Robert Loh, yang merupakan Presiden NCSS; dan Duta Encik Zainul Abidin Rasheed.



Semasa acara itu juga, 4PM telah melancarkan kempen Ramadan On Wheels menjelang bulan Ramadan yang bakal menjelang.



Dengan tema, "Mendakap Teknologi, Memperkasa Masyarakat," kempen tahun ini menyasarkan khususnya keluarga berpendapatan rendah, warga tua dan keluarga yang terjejas oleh pandemik Covid-19.



Hampir 300 penerima telah dipilih untuk menerima bantuan dalam bentuk baucar pasar raya serta bengkel percuma yang akan membantu mereka dalam perjalanan digital selain kesejahteraan mental mereka.



Sebanyak 100 sukarelawan daripada pelbagai latar belakang dan bangsa akan melibatkan diri dalam kempen tahun ini.



Dalam ucapannya, Encik Tong berkata Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M³) atau Eco yang akan ditubuhkan lewat tahun ini akan dapat memperluaskan lagi program pemerintah seperti Uplift dan Comlink menerusi pertubuhan Melayu/Islam.



Selain itu, Eco juga akan melakarkan rangka kerja latihan bagi sukarelawan untuk mempersiapkan mereka bagi kemahiran yang diperlukan agar dapat lebih memahami dasar negara dan skim pemerintah yang berguna untuk keluarga kurang berkemampuan.



"Sukarelawan, penaja dan penderma merupakan sebahagian penting dalam M3. Ada yang telah membesar dengan kami sepanjang tahun untuk menjadi rakan kongsi kritikal," kata Encik Tong.



Seorang sukarelawan yang juga pengerusi kempen ROW tahun ini, Encik Saifulbahri Mohamed, 47 tahun berkata pihaknya akan tetap memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi dalam menjalankan projek ini.



"Kalau dulu semua sukarelawan akan datang untuk membungkus hamper yang perlu diberikan kepada penerima. Tetapi kini kami akan mengagih-agihkan masa agar bilangan sukarelawan yang datang adalah kecil pada satu-satu masa.



"Kami mahu memastikan setiap sukarelawan juga akan dapat memberikan sumbangan dalam usaha ini," katanya yang telah mula menjadi sukarelawan bagi projek itu sejak 2008.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >