Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Facebook padam laman siar bahan seksual kanak-kanak: IMDA

Jun 09, 2023 | 03:32 PM



Satu laman kumpulan di Facebook telah dipadamkan dan dikeluarkan oleh Meta – syarikat induk Facebook – setelah ia didapati mengandungi Bahan Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak (CSEM).

Ini susulan pemberitahuan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) kepada Meta.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, IMDA menyatakan Meta telah mengeluarkan kumpulan Facebook itu dalam 24 jam setelah ia menerima pemberitahuan agensi itu.

Ini kali pertama IMDA memberitahu Perkhidmatan Media Sosial berkenaan kandungan sedemikian sejak Akta Penyiaran dipinda untuk menyertakan peraturan Keselamatan Dalam Talian yang dipertingkat, tambah agensi tersebut.

Di bawah akta yang dipinda, IMDA diberi kuasa mengarahkan perkhidmatan media sosial – termasuk Instagram, YouTube, dan TikTok – untuk menyekat atau memadam kandungan yang keterlaluan dan tidak akan teragak-agak mengeluarkan arahan jika perkhidmatan media sosial itu tidak mengesan dan mengeluarkan kandungan tersebut daripada platformnya.

IMDA menjelaskan ia juga telah mengarahkan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di Singapura untuk menyekat satu laman web yang dipautkan kepada laman kumpulan Facebook tersebut, yang membolehkan akses dan pengedaran bagi lebih banyak kandungan CSEM.

IMDA berkata ia mendapat tahu daripada pihak polis berkenaan laman Facebook itu “yang merupakan sebahagian daripada rangkaian dalam talian yang memudahkan perkongsian CSEM”.

Berikutan itu, IMDA mengesan laman kumpulan Facebook IMDA yang menyiarkan catatan serupa dan pos-pos catatan tersebut mengandungi hiperpautan (hyperlink) yang dipautkan pada laman web dengan kandungan berunsur CSEM.

“IMDA dan SPF (Pasukan Polis Singapura) memandang serius mengenai permintaan dan pengedaran CSEM, yang merupakan jenis kandungan keterlaluan seperti ditakrifkan di bawah Akta Penyiaran yang dipinda,” tambah kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, IMDA turut menegaskan bahawa usaha mengatasi ancaman kandungan dalam talian yang keterlaluan “merupakan usaha seluruh masyarakat”.

Ia menambah pihak pemerintah telah mengukuhkan rangka kerja kawal selia dan akan meneruskan usaha dalam memastikan langkah-langkah kawal selia dan pendidikan awam dapat menangani kandungan dalam talian berbahaya.

Perkhidmatan media sosial juga ada tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dalam talian untuk semua pengguna, terutamanya kanak-kanak, tambah kenyataan tersebut.

IMDA menggesa perkhidmatan media sosial untuk terus berwaspada dalam mengesan dan mencegah penyebaran kandungan dalam talian yang berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >