Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Facebook ranking terendah dalam penilaian keselamatan urus niaga

Sep 13, 2023 | 04:10 PM



Penilaian Keselamatan Urus Niaga Ruang Pemasaran E-Dagang (TSR) merupakan satu alat penilaian untuk menunjuk sejauh mana platform digunakan pengguna mempunyai langkah antipenipuan bagi memerangi penipuan e-dagang.

Dilancarkan pada 2022 oleh Jawatankuasa Berbilang Kementerian berhubung Penipuan (IMCS), TSR juga menilai platform terlibat dengan mengambil kira jumlah laporan penipuan yang dibuat pada platform tersebut.

Tujuan TSR adalah untuk memaklumkan pengguna mengenai langkah antipenipuan seperti mengesahkan pengguna dan pilihan bayaran selamat.

Daripada enam platform terlibat dalam penilaian TSR, Facebook menduduki tempat keempat dan terendah (satu markah), manakala Amazon, Lazada dan Qoo10 menduduki tempat pertama (empat markah).

Sementara itu, Shopee (tiga markah) dan Carousell (dua markah) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Facebook mempunyai satu markah dan menduduki tempat keempat kerana ia belum melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan, seperti langkah pengesahan pengguna.

Facebook juga mempunyai sejumlah besar kes penipuan e-dagang yang dilaporkan terhadapnya (1,138 kes pada 2022, atau 23.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penipuan e-dagang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >