Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: KEPERCAYAAN PADA PEMERINTAH

Fahmi: Bahasa ibunda tiang seri masyarakat majmuk S'pura, perlu dipelihara

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



ENCIK Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade) menyentuh tentang kepentingan pemerintah terus melabur dalam pemeliharaan dan penggalakan bahasa ibunda di Singapura.



Bertutur dalam bahasa Melayu semsa perbahasan mengenai ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada Isnin, beliau berkata bahasa ibunda adalah "tiang seri masyarakat berbilang kaum dan berbilang budaya di Singapura".



Selain berfungsi sebagai alat komunikasi dalam komuniti etnik masing-masing, bahasa ibunda memainkan peranan penting dalam membina perpaduan sosial dan perpaduan nasional di Singapura, katanya.



Ia juga membantu memupuk semangat kekitaan dan identiti bersama dalam kalangan warga Singapura yang berbeza bangsa, memberi sumbangan kepada kejayaan negara dalam memelihara keharmonian sosial.



Bahasa ibunda juga membantu mengeratkan lagi anggota masyarakat sebangsa.



"Apabila menghadiri acara kebudayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau majlis perkahwinan, kemampuan bahasa Melayu membolehkan saya berhubung dengan rakan sebangsa Melayu Singapura pada tahap yang lebih mendalam dan lebih menghayati warisan budaya kita bersama," ujar Encik Fahmi.



Beliau menekankan bahawa adalah penting bagi pemerintah meneruskan pelaburan untuk memelihara dan mempromosikan bahasa ibunda di Singapura.



"Ini termasuk memastikan pendidikan bahasa ibunda dapat diikuti oleh semua dan menyediakan sumber-sumber untuk menyokong pembelajarannya.



"Dengan mengiktiraf nilai dan kepentingan bahasa ibunda, kita dapat terus membina masyarakat yang merangkul kepelbagaian, menggalakkan perpaduan sosial dan menghargai warisan budaya kita bersama," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >