Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi: Inisiatif beri habuan jelang Ramadan penting sokong golongan rentan

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



DENGAN peningkatan kos sara hidup, inisiatif seperti 'Pengagihan Pra Ramadan Pertapis' adalah penting untuk menyokong golongan rentan, kata Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Mengalu-alukan usaha serupa tersebut, beliau berkata pengagihan habuan makanan dan baucar itu akan membantu benefisiari membuat persiapan lebih baik terutama dalam Ramadan.



Pada Khamis, sekitar 500 benefisiari di bawah Pertapis menerima habuan makanan, wang tunai dan baucar sebagai persediaan menyambut Ramadan.



'Pengagihan Pra Ramadan Pertapis' itu adalah acara tahunan yang julung-julung kali diadakan di Wisma Geylang Serai.



Para benefisiari, antara lain, menerima barangan dapur termasuk gula, tin sardin, mi bihun, mi segera, milo, minyak masak dan beras.



Mereka turut menerima wang tunai sebanyak $100 dan baucar makanan bernilai $50 dollar.



"Kos sara hidup sekarang semakin meningkat dan inisiatif seperti ini sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.



"Inisiatif-inisiatif ini mungkin kelihatan kecil tetapi sebenarnya mempunyai impak yang besar kepada mereka yang memerlukan.



"Jadi saya gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif ini sempena bulan Ramadan yang akan datang," kata Encik Fahmi, yang merupakan tetamu terhormat acara di Wisma Geylang Serai itu.



Seorang penerima, Cik Mis Sidek, 63 tahun, yang tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan seperti artritis dan tekanan darah tinggi, melahirkan kesyukuran menerima habuan itu.



Cik Mis berkata ia akan membantu beliau menggunakan wang simpanannya untuk perkara lain yang juga penting, seperti membayar kos perubatan beliau dan anak-anaknya yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan.



"Habuan yang diagih ini dapat membantu saya dan keluarga saya sepanjang bulan Ramadan nanti.



"Kita tahu kos sara hidup sekarang semakin tinggi dan kos perubatan juga agak mahal.



"Jadi dengan habuan dan baucar yang diberi, saya dapat peruntukkan wang simpanan saya bagi perkara lain yang juga penting," katanya, yang tinggal bersama empat anak lelakinya yang berusia antara 30 hingga 43 tahun.



Di majlis itu, Pengarah Eksekutif Pertapis, Cik Hana Sofiah Ahmat, turut mengumumkan beberapa sokongan tambahan bagi keluarga yang mempunyai anak bersekolah.



Antaranya ialah baucar buku dan bantuan kewangan serta bengkel bagi ibu bapa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran keibubapaan supaya dapat mengharungi pelbagai peringkat perjalanan keibubapaan mereka.



"Dengan adanya inisiatif-inisiatif seperti ini, kami berharap ia dapat membantu dan kos sara hidup lebih tinggi tidak menjejaskan golongan memerlukan dengan teruk.



"Kami daripada Pertapis berharap bantuan yang diberi dapat sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan harian mereka dan keluarga mereka," kata Cik Hana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >