Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice beri diskaun bagi telur jenama sendiri

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



NTUC FairPrice mengumumkan semalam bahawa ia akan memberi diskaun bagi telur jenamanya sendiri, Pasar Fresh Eggs, untuk menyerap lagi kos yang semakin meningkat.



Mulai semalam hingga 4 Januari depan, Pasar Fresh Eggs (30 biji) akan dijual pada harga $6.85, di bawah promosi 'Pembelian dengan Pembelian'.



Promosi itu ditawarkan di semua format runcit pasar raya FairPrice, termasuk FairPrice Online.



Perbelanjaan minimum $25 dalam satu transaksi diperlukan untuk pelanggan membeli satu dulang berisi 30 biji telur itu semasa tempoh promosi tersebut.



Encik Tng Ah Yiam, Ketua Pegawai Perolehan, FairPrice Group, berkata: "FairPrice berusaha untuk menyederhanakan kos sara hidup dan sentiasa memantau harga makanan ruji seperti telur.



"Sejak awal tahun, tekanan inflasi telah menyebabkan harga telur meningkat.



"Kami telah mengurangkan kenaikan harga selagi kami boleh dan telah memutuskan untuk memberikan satu lagi diskaun istimewa dan menyerap kenaikan kos untuk jenama telur popular kami."



Pandemik Covid-19 yang masih berterusan dan perang di Ukraine terus mengganggu ekonomi dan perniagaan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.



Pelbagai barangan telah mengalami kenaikan harga berikutan peningkatan kos bahan mentah, logistik, kekurangan tenaga kerja dan keadaan pasaran yang tidak menentu.



Untuk membantu menyederhanakan kos sara hidup di Singapura, FairPrice menyediakan diskaun istimewa untuk keperluan harian, termasuk telur, minyak dan beras.



Pada April lalu, apabila harga telur terus meningkat disebabkan gangguan bekalan di ladang tempatan yang disebabkan oleh penyakit Newcastle, yang menyebabkan penurunan sementara dalam pengeluaran telur ayam, FairPrice me-nawarkan Pasar Fresh Eggs pada harga diskaun $6.95, daripada $7.50, selama seminggu.



Pada Mei, empat produk minyak masak popular ditawarkan pada diskaun istimewa 10 peratus selama seminggu, manakala pada Oktober, FairPrice menawarkan diskaun istimewa 15 peratus bagi tiga produk beras popular, termasuk beras gred Thai Hom Mali dan pilihan beras perang yang lebih sihat.



FairPrice juga telah mengumumkan bahawa ia menawarkan diskaun 1 peratus bagi 500 barangan keperluan selama enam bulan dari Januari hingga Jun tahun depan memandangkan kenaikan Cukai Barangan dan Pekidmatan (GST).



Untuk memastikan ketersediaan dan mampu milik, FairPrice terus aktif mempelbagaikan sumber telurnya.



Ia kini menawarkan lebih 60 SKU (unit penyimpanan stok) telur pelbagai jenama yang diimport dari lapan negara, termasuk Malaysia, Thailand, Australia, Poland, selain daripada sumber tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >