Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice harap pelanggan layan diri jujur, bayar caj beg plastik mulai 3 Jul

Jun 19, 2023 | 06:16 PM



Pasar raya FairPrice mengharapkan kejujuran pelanggan layan diri supaya membuat bayaran bagi beg plastik yang mereka ambil semasa berbelanja dengan mengimbas kod bar beg berkenaan.

Ini ekoran perlaksanaan caj mandatori lima sen bagi setiap beg plastik yang akan dikenakan mulai 3 Julai di semua rantaian pasar raya utama di negara ini.

Hal itu dijelaskan ketua pegawai kelestarian FairPrice Group, Encik Chan Tee Seng, kepada media pada Isnin selepas lawatan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor ke pasar FairPrice di Bukit Batok West lapor The Straits Times.


Encik Chan berkata: “Buat masa ini, kami ingin tumpukan mahu membuat proses tersebut mudah, lancar dan tidak terlalu banyak birokrasi.”

“Itulah sebabnya kami memutuskan mahu melaksanakan sistem atas dasar kepercayaan. Kami akan membenarkan pelanggan mengimbas kod bar sendiri.

“Jika mereka ambil lima beg plastik, maka mereka mengimbasnya lima kali. Kami percaya bahawa pada umumnya, ramai pelanggan kami akan lakukan perkara yang betul.”

FairPrice kini tumpu pada latihan kakitangan barisan hadapan, seperti juruwang, untuk menerangkan sebab pengenaan caj beg plastik.

Oleh demikian, pasar raya itu tiada rancangan untuk menambah bilangan kakitangan di kaunter layan diri FairPrice bagi memastikan pelanggan mematuhi caj mandatori lima sen bagi setiap beg plastik.

Sebaliknya, pelanggan FairPrice diberi kepercayaan untuk mengimbas kod bar beg plastik yang diambil di kaunter layan diri sedemikian.

Encik Chan menambah butiran berkenaan bagaimana dana yang diambil daripada caj beg plastik itu akan digunakan untuk tujuan alam sekitar atau sosial akan dimaklumkan dalam masa sekitar 18 bulan.

Pada masa ini, 11 cawangan FairPrice mengenakan caj 20 sen bagi setiap transaksi apabila pelanggan inginkan beg plastik semasa berbelanja, tidak kira jumlah beg plastik yang digunakan.

Di 178 kedai serbaneka yang dikendalikan FairPrice, termasuk Cheers dan FairPrice Xpress, caj bagi setiap transaksi ialah 10 sen.

Caj mandatori sebanyak lima sen bagi setiap beg, tanpa mengira saiz beg, akan dikenakan di semua pasar raya serta kedai serbaneka, yang mana saiz beg-beg tersebut adalah lebih kecil berbanding yang disediakan di pasar raya.

Dr Khor pula berharap langkah mengenakan caj beg plastik, yang serupa dengan skim di Hong Kong, Taiwan dan Britain, akan mengurangkan penggunaan beg plastik sebanyak 60 hingga 90 peratus.

Kira-kira 400 pasar raya utama, atau dua pertiga daripada kesemua kedai di sini, akan mengenakan caj untuk beg plastik pakai buang – termasuk FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >