Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice lanjut sokongan lagi setahun kepada syarikat pembekal setempat

$2.5j diperuntuk di bawah program Sokongan dan Pembangunan Pembekal SME
Oct 29, 2021 | 05:30 AM



NTUC FairPrice akan melanjutkan sokongan bagi syarikat pembekal keluaran makanan setempat melalui Program Sokongan dan Pembangunan Pembekal SME (syarikat kecil dan sederhana) untuk setahun lagi, dengan $2.5 juta disediakan.



Jumlah itu lebih tinggi berbanding $2 juta yang diperuntukkan tahun lalu untuk menyediakan bantuan seperti mengurangkan separuh kos untuk memproses dan menyenaraikan produk baru.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, berkata bajet tersebut ditambah untuk menyediakan sokongan yang berkekalan bagi perniagaan tempatan yang terjejas oleh Covid-19.



"Jika tidak ada kerjasama ini, saya rasa usaha kita untuk bergerak ke arah 30 kali 30 akan lebih sukar dicapai," kata beliau, yang merujuk kepada matlamat nasional menghasilkan 30 peratus keperluan makanan negara ini secara tempatan menjelang 2030 menerusi inovasi dipertingkat dalam industri agri-makanan.



Encik Seah berkata demikian di pameran 'Made in Singapore' (Buatan Singapura), sebuah acara tahunan oleh FairPrice untuk meningkatkan kesedaran tentang pengeluar tempatan.



Pameran itu diadakan sehingga 10 November ini di semua cawangan FairPrice dan kedai dalam taliannya, dan ini merupakan tahun ke-10 ia diadakan.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, dan Encik Seah telah melancarkan pameran itu di pasar raya FairPrice di Our Tampines Hub semalam.



Ditemui media selepas acara itu, Encik Gan berkata jaminan makanan merupakan salah satu keutamaan Singapura dan daya ketahanan bekalan makanan negara ini dicapai menerusi pendekatan pelbagai rampang.



"Pertama, kita mahu mempelbagaikan import kita dan memastikan kita mempunyai pelbagai sumber import agar kita tidak bergantung pada satu sahaja.



"Kedua, kita mahu menghasilkan makanan sendiri. Dengan menggunakan produk tempatan, kita juga membantu pengeluar tempatan kita meningkatkan skala. Dengan skala ekonomi, mereka kemudian akan dapat memainkan peranan penting dalam strategi daya ketahanan makanan kita," kata beliau.



"Pameran 'Made in Singapore' ini adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang daya tarikan dan kesedapan produk makanan yang dihasilkan secara tempatan," tambah Encik Gan.



Beliau turut berkata gangguan rantaian bekalan yang disebabkan pandemik Covid-19 telah mengetengahkan kepentingan penghasilan makanan tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >