Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice mohon maaf lepas pasangan kacukan Muslim dilarang ambil hidangan buka percuma

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



FAIRPRICE telah memohon maaf dalam satu insiden di mana sepasang suami isteri Muslim berbilang bangsa diminta beredar dari sebuah kios di salah sebuah pasar raya itu, yang menyediakan makanan dan minuman ringan percuma kepada mereka yang berbuka puasa.



Dalam satu respons kepada satu pertanyaan, jurucakap FairPrice berkata pada Isnin:



"Kami memandang serius perkara ini dan ingin memohon maaf bagi kejadian tersebut."



Jurucakap itu berkata pekerja terlibat, yang didakwa memberitahu pasangan itu bahawa pemberian percuma itu "bukan untuk (orang) India", telah diberi kaunseling.



"Kami telah menghubungi pasangan itu untuk menangani kebimbangan mereka dan telah menyelesaikan perkara ini secara baik," tambah jurucakap itu.



Inisiatif oleh FairPrice Group itu, yang dilancarkan pada hujung Mac dan berjalan hingga 21 April, menyaksikan 60 cawangan FairPrice memberi minuman, makanan ringan dan kurma percuma kepada mereka yang berbuka puasa semasa Ramadan.



Makanan dan minuman ringan itu diberi 30 minit sebelum dan selepas waktu berbuka puasa.



Dalam satu catatan Facebook pada Ahad, Cik Farah Nadya berkata beliau dan suaminya telah pergi ke cawangan pasar raya FairPrice di Our Tampines Hub pada hari itu sekitar 7 malam untuk belanja mingguan mereka.



Cik Farah, 35 tahun, berbangsa Melayu-India dan mengusahakan syarikat penjagaan kesihatannya sendiri. Suaminya, Encik Jahabar Shalih, 36 tahun, pula berbangsa India dan bekerja dalam sektor teknologi.



Kedua-dua warga Singapura itu melihat kios 'Iftar Bites' dekat pintu masuk pasar raya berkenaan.



Encik Jahabar memberitahu The Straits Times semasa beliau berdiri di kios itu sambil membaca mesej di kios tersebut, seorang kakitangan FairPrice mendekatinya sambil berkata: "Bukan untuk India, bukan untuk India."



Beliau kemudian diberitahu oleh pekerja itu supaya jangan mengambil apa-apa dari kios tersebut, dan "beredarlah".



Encik Jahabar dan keluarganya meninggalkan kios itu dan meneruskan beli-belah mereka.



Dalam catatatnnya, Cik Farah menambah mereka tidak berniat untuk mengambil barang percuma itu dan singgah di tempat itu "untuk memuji inisiatif inklusif sedemikian".



Encik Jabahar menjelaskan bahawa beliau dan isterinya ingin berkongsi pengalaman mereka di Facebook agar dapat "bertanggungjawab" kepada anak-anak mereka yang berbangsa kacukan.



"Saya pernah menghadapi perkara sebegitu sebelum ini, tetapi kali ini saya perlu menjelaskan kepada anak lelaki saya apa yang berlaku," katanya.



"Saya tidak fikir itu kesalahan kakitangan... Saya cuma berasa perkara sebegini (boleh) berlaku, ini hanya sekadar kurang kesedaran," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >