Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice perluas skim diskaun bagi Generasi Perintis, Merdeka, pemegang kad Chas

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



PASAR raya gergasi NTUC FairPrice akan meluaskan skim diskaunnya bagi para pemegang kad Generasi Perintis, Generasi Merdeka dan Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) berwarna biru, di kesemua kedai fizikalnya serta farmasi Unity bagi tempoh lanjutan lagi 12 bulan sehingga 31 Disember tahun depan.



Pada tahun ini, rangkaian pasar raya itu memberikan lebih dari $11.5 juta dalam bentuk penjimatan kepada warga Singapura generasi Perintis dan Merdeka serta pemegang kad biru Chas di bawah skim-skim tersebut, katanya semalam.



Golongan tersebut menerima diskaun 3 peratus bagi beberapa hari dalam seminggu.



Isi rumah dengan pendapatan bulanan setiap orang sebanyak $1,200 dan ke bawah layak menerima kad biru Chas.



Ketua Eksekutif FairPrice Group, Encik Vipul Chawla, berkata lanjutan itu akan membantu warga senja serta keluarga berpendapatan rendah menyesuaikan diri dengan kos kehidupan yang meningkat.



FairPrice komited pastikan pelanggan dapat akses pada keperluan isi rumah



"Menyesuaikan diri dengan kos kehidupan sentiasa tumpuan utama FairPrice.



"Di sebalik suasana ekonomi yang tidak menentu, FairPrice komited untuk memastikan bahawa pelanggan kami mampu mempunyai akses kepada keperluan isi rumah dan lanjutan skim diskaun ini akan membantu meredakan sedikit bebanan kewangan ke atas keperluan harian," tambah ketua eksekutif FairPrice Group, Encik Vipul Chawla.



Para pelanggan perlu paparkan kad-kad mereka untuk mendapatkan diskaun, yang sah sehingga $200 bagi setiap transaksi sehari.



Skim diskaun yang dilanjutkan itu disertakan dengan beberapa inisiatif yang dibentangkan FairPrice baru-baru ini.



Pada November lalu, rangkaian pasar raya itu berkata yang ia akan menawarkan diskaun 1 peratus bagi 500 barangan yang sering dibeli bagi separuh pertama tahun depan di kedai-kedainya serta platform dalam talian.



Diskaun itu bertujuan mengimbangi kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan daripada tujuh peratus kepada lapan peratus bermula 1 Januari ini.



GST akan meningkat lagi satu peratusan mata, kepada sembilan peratus pada 1 Januari 2024.



Barangan yang diberi diberi diskaun itu terdiri daripada kededua jenama sendiri dan luar, termasuk buah-buahan segar dan sayuran, daging, tenusu, produk kertas dan produk pembersihan.



Harga bagi 50 barangan penting, daripada sekumpulan 500 juga akan dibekukan setiap bulan di bawah satu inisiatif yang diberi nama 'Nilai Lebih Besar Setiap Hari'.



Produk-produk baru akan diumumkan setiap akhir Khamis setiap bulan.



Baru-baru ini, NTUC FairPrice mengumumkan bahawa ia akan memberi diskaun bagi telur jenamanya sendiri, Pasar Fresh Eggs, untuk menyerap lagi kos yang semakin meningkat.



Sehingga 4 Januari depan, Pasar Fresh Eggs (30 biji) akan dijual pada harga $6.85, di bawah promosi 'Pembelian dengan Pembelian'.



Promosi itu ditawarkan di semua format runcit pasar raya FairPrice, termasuk FairPrice Online.



Perbelanjaan minimum $25 dalam satu transaksi diperlukan untuk pelanggan membeli satu dulang berisi 30 biji telur itu semasa tempoh promosi tersebut.



NTUC FairPrice Co-operative Ltd ditubuhkan sekumpulan aktivis gerakan buruh pada 1973, dengan satu misi sosial untuk meredakan kos kehidupan di Singapura.



Daripada hanya satu pasar raya, ia telah berkembang menjadi sebuah peruncit utama di Singapura dengan memberi khidmat kepada lebih setengah juta orang yang membeli belah menerusi satu rangkaian meliputi 380 cawangan, terdiri daripada pasaraya FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra, Unity Pharmacy, FairPrice Xpress dan kedai runcit Cheers.



Portal e-dagangnya, FairPrice online, menarik lebih 700,000 pengunjung sebulan.



FairPrice juga memiliki sebuah Pusat Pengagihan Makanan Segar dan sebuah gedung pusat serta syarikat pengagihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >