Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice sediakan 3 tan udang hidup jelang Hari Raya; jual pada separuh harga pasaran

Apr 18, 2023 | 09:05 PM



PERMINTAAN untuk udang menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023 dijangka melebihi permintaan 2022, kata FairPrice Group (FPG).



Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, syarikat itu akan menyediakan sekitar tiga tan udang hidup di beberapa cawangan terpilih tahun ini.



Udang harimau itu akan dijual pada harga $19.90 sekilo, iaitu sekitar separuh daripada harga pasaran udang hidup sekarang, iaitu $39.90 sekilo, berdasarkan penilaian harga pasaran FPG.



Udang itu dijual di beberapa cawangan terpilih FairPrice – Bedok, Woodlands dan Khatib – dari 19 hingga 21 April.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Ketua Pegawai Pemerolehan FairPrice, Encik Tng Ah Yiam, berkata pada 2022, walaupun dengan langkah pengurusan yang selamat, jualan udang sejuk dan beku meningkat hampir 20 peratus pada bulan menjelang Hari Raya Puasa.



Dengan tiada sekatan pada 2023, permintaan itu dijangka melebihi 2022.



Pada Januari 2023 semasa tempoh Tahun Baru Cina, lebih tiga tan udang ‘hidup’ habis dijual dalam masa tiga hari di cawangan terpilih.



Sepanjang 2022, harga udang – termasuk udang beku, dinyahsejuk-beku dan udang disejukkan – telah meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus.



Ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kos makanan udang yang lebih tinggi, logistik, tenaga kerja dan inflasi, kata FairPrice Group.



Seawal 5.30 pagi pada Selasa, Berita Harian (BH) telah bertolak ke Malaysia untuk mengunjungi ladang udang A&O Aquaculture Trading Sdn. Bhd. di Desaru.



Setiba di sana pada 9 pagi, rombongan media dibawa untuk melihat proses ternakan dan penuaian udang di ladang tersebut.



Laporan lanjut di Berita Harian pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >