Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN DAN SARANAN JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Faisal enggan jawab soalan panel mungkin tindakan hina Parlimen

Siasatan juga akan timbangkan jika prosiding jenayah perlu dikenakan, kata COP
Feb 11, 2022 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Hak Istimewa Parlimen (COP) telah menyarankan agar naib pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Muhamad Faisal Abdul Manap, dirujuk kepada pendakwa raya bagi siasatan lanjut setelah beliau enggan menjawab soalan relevan yang diketengahkan jawatankuasa tersebut.



Siasatan itu juga akan mempertimbangkan jika prosiding jenayah perlu dikenakan, kata COP dalam laporan penuhnya semalam.



Dalam keterangannya kepada COP pada 9 Disember lalu, Encik Faisal telah ditanya mengenai nota-nota yang dibawa beliau termasuk yang telah beliau siapkan mengenai rentetan peristiwa berhubung kenyataan palsu yang dibuat mantan Anggota Parlimen, Cik Raeesah Khan, di Parlimen.



Encik Faisal berkata beliau telah menemui Encik Pritam Singh dan Cik Sylvia Lim pada 7 Disember dan 8 Disember lalu selama dua hingga tiga jam setiap hari itu.



Apabila ditanya tentang mesyuarat ini, dan bahan yang dibawa Encik Singh dan Cik Lim kepada mesyuarat tersebut, Encik Faisal memaklumkan jawatankuasa itu sebanyak empat kali bahawa beliau tidak akan menjawab soalan itu.



Jawatankuasa itu menjelaskan kepada Encik Faisal bahawa keengganan beliau untuk menjawab soalan itu merupakan satu kesalahan dan dan boleh membawa kepada kesalahan menghina Parlimen.



Namun, Encik Faisal mengesahkan bahawa jawatankuasa perlu meletakkan dalam rekod bahawa beliau enggan menjawab soalan tersebut.



"Kami mendapatinya menghairankan," kata jawatankuasa tersebut dalam laporannya semalam.



"Keengganan Encik Faisal itu dilakukan secara terang-terangan dan tidak boleh dimaafkan.



"Keengganan Encik Faisal untuk menjawab menunjukkan bahawa beliau mahu menyembunyikan kebenaran - beliau tidak mahu jawatankuasa untuk mengetahui apakah dokumen itu atau apa yang dibincangkan oleh Encik Singh, Cik Lim dan beliau, hanya sehari sebelum prosiding COP bermula.



"Beliau mesti tahu bahawa jawapannya itu mungkin memalukan atau menunjukkan kesalahan," menurut laporan COP itu lagi.



Jawatankuasa itu berpendapat bahawa keengganan Encik Faisal menjawab soalan relevan itu mungkin merupakan satu tindakan menghina Parlimen.



Bagaimanapun, jawatankuasa itu berpendapat peranan yang dimainkan Encik Faisal dan Cik Lim tidak sebesar Encik Pritam dalam perkara itu.



Jawatankuasa itu akur Cik Lim dan Encik Faisal juga 'agak membantu' tugas jawatankuasa itu, walaupun secara terbatas.



Oleh itu, jawatankuasa tersebut menyarankan agar Parlimen mempertimbangkan tingkah laku mereka pada waktu sesuai.



"Kami menyarankan agar pertimbangan tentang apa yang perlu dilakukan (berkenaan tingkah laku mereka) ditangguhkan setelah kedudukan Encik Pritam dijelaskan: setelah pertimbangan oleh pendakwa raya, dan setelah selesai prosiding jenayah, jika ada," kata jawatankuasa itu.



COP turut menarik perhatian bahawa Encik Faisal bersikap jujur dalam bersetuju bahawa tingkah laku tiga pemimpin WP itu tidak masuk akal.



"Keengganan Encik Faisal itu dilakukan secara terang-terangan dan tidak boleh dimaafkan.





Keengganan Encik Faisal untuk menjawab menunjukkan bahawa beliau mahu menyembunyikan kebenaran - beliau tidak mahu jawatankuasa untuk mengetahui apakah dokumen itu atau apa yang dibincangkan oleh Encik Singh, Cik Lim dan beliau, hanya sehari sebelum prosiding COP bermula.



Beliau mesti tahu bahawa jawapannya itu mungkin memalukan atau menunjukkan kesalahan."



- Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >