Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Kes kematian Koperal Edward disiasat teliti

Dec 11, 2022 | 06:44 PM



SIASATAN yang sangat teliti telah dijalankan terhadap kes anggota bomba perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang meninggal dunia ketika memadamkan kebakaran di sebuah flat di Henderson Road Khamis lalu.



Ini diumumkan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim hari ini (11 Dis) dengan berkata:



“Kami sedang menjalankan siasatan. Kami telah mula melihat tapak kejadian dan juga orang yang terlibat. Kami akan memaklumkan kepada keluarga dan orang ramai apabila ia telah selesai.”



Beliau turut mengucapkan takziah bagi pihak Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) kepada keluarga Koperal Edward H. Go dan juga mengucapkan terima kasih atas segala sumbangannya.



“Kami berasa sedih dengan kehilangan Koperal Edward yang telah meninggal dunia dalam menjalankan tugas, dalam misi untuk menyokong, melindungi dan menyelamatkan nyawa dan harta benda,” ujar Dr Faishal.



Presiden Halimah Yacob turut menyampaikan takziah mendalam kepada keluarga dan orang tersayang Koperal Edward.



Beliau berkata, mendiang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keberanian, dalam catatan Facebooknya.



Orang ramai turut memberikan penghormatan kepada Koperal Edwad dengan meletakkan jambangan bunga dan ucapan khas di Balai Bomba Central di Hill Street, di mana mendiang ditugaskan.



Sebilangan pengguna juga mengutuskan ucapan takziah di lelaman media sosial.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >