Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Pemerintah terus sokong usaha lestari seni

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



USAHA memertabatkan kebudayaan Melayu termasuk tarian yang diperjuangkan badan-badan berkepentingan harus terus mendapat sokongan masyarakat.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata pemerintah akan terus memberi sokongan terhadap usaha melestarikan seni warisan budaya agar ia dapat terus dihargai generasi akan datang.



Dr Faishal, yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS) berkata demikian ketika menghadiri sesi majlis makan malam dan menjalin ukhwah untuk para peserta Festival Muara 2022 yang disertai para penggiat seni serantau termasuk Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura malam tadi.



Ini kali pertama acara tahunan yang diadakan untuk kali ke-12 itu dibawa ke WGS selepas acara pembukaannya diadakan di Esplanade Teater Di Pesisiran pada 5 November lalu. Acara pembukaan itu telah menarik lebih 10,000 penonton sepanjang tiga hari pementasannya di sana. Tahun ini juga yang pertama Festival Muara disambut sehingga hampir sebulan.



Pada sebelah siang semalam di WGS, sebuah simposium telah berlangsung dengan dua kertas kerja mengenai jati diri dan masa depan tarian Melayu telah dibincangkan.



Semasa berucap kepada tetamu yang hadir, Profesor Faishal berkata:



"Tarian Melayu adalah bahagian penting budaya Melayu. Ia membolehkan kita berekspresi dengan pergerakan yang lembut dan halus yang menggambarkan kesopanan orang Melayu dalam menghadapi isu-isu yang menjejas kehidupan kita. Saya selalu mengagumi keindahan tarian Melayu dan saya yakin banyak usaha dicurahkan untuk menghasilkan persembahan yang baik."



Beliau juga mengiktiraf usaha penerbit festival, Era Dance Theatre yang telah mencipta lanskap yang subur mengembangkan pengisian pesta itu dengan pelbagai acara berserta matlamatnya termasuk simposium yang membincangkan tentang identiti Melayu dalam tarian dan membincangkan kemajuan tarian Melayu semasa dan masa depan di peringkat serantau.



"Setinggi-tinggi tahniah kepada Era Dance Theatre kerana mengorak langkah dalam menambah nilai Festival Muara dengan pelbagai pameran, kelas induk dan simposium. Saya pasti bahawa ini bukan simposium terakhir dalam Festival Muara kerana penglibatan harus konsisten untuk melihat kemajuan dicapai dalam bidang ini. Ini akan membantu untuk merangka perjalanan kami ke hadapan."



Simposium itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kenya, Encik Yatiman Yusof. Beliau juga melancarkan buku cerita "Sang Nila Utama" terbitan Regional Arts and Cultural Academy Ltd (AKSI), anak syarikat Era Dance Theatre.



Profesor Madya Dr Muhammad Fazli Taib Saearani, juga Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris, salah seorang yang membentangkan kertas kerja semalam telah menyentuh tentang kesan yang telah dicapai Festival Muara sepanjang 12 tahun penganjurannya. Mengenai simposium itu, beliau berkata:



"Simposium tarian adalah tambahan yang positif dan amat diperlukan untuk Festival Muara. Sekarang akan ada platform tahunan untuk membincangkan kemajuan semasa dan masa depan tarian Melayu secara serantau."



Seorang lagi yang membentangkan kertas kerja ialah Professor Dr Mahdi Bahar, Ketua Jabatan Kesenian - Tarian, Drama dan Muzik Universiti Jambi, i Indonesia.



Acara penutup festival malam juga akan diadakan di WGS. Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, akan hadir sebagai tetamu terhormat.



Para peserta utama festival tahun ini termasuk pasukan tarian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia, Universitas Jambi (UNJA), Indonesia dan PesTAB Brunei Darussalam dan kumpulan dalam Jawatankuasa Tarian Melayu Singapura iaitu, Azpirasi, Artiste Seni Budaya, Kirana Seni, Perkumpulan Seni, Sriwana dan Era Dance Theatre. Turut memeriahkan acara ialah kumpulan penari veteran, Pak Pak Penglipur, dan Mak Mak Menari.



Festival Muara disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) di bawah Skim Syarikat Utama dan dengan kerjasama Esplanade Teater di Pesisiran dan WGS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >