Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANTARA YANG MENARIK DALAM THE BM SHOW AHAD INI

Fariz Jabba luah 'rahsia' di litar karting

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



SEPERTI abang dan kakaknya, penyanyi rap Fariz Jabba, adalah antara bintang muda yang bersinar dalam persada hiburan Singapura.



Pada usia 24 tahun, Fariz, adik pelawak Fakkah Fuzz dan pelakon dan hos TV Farah Lola, sudah menjadi juggernaut atau pengaruh besar dalam budaya pop kerana karya yang diketengahkan cepat diterima generasi milenial.



Dikenali dengan karya seperti lagu hip-hop Ape Sia (2018) dan lagu R&B Masa (2019), yang masing-masing mencatatkan lebih 1.7 juta dan lebih 1.6 juta tontonan di YouTube. Single terbarunya, And Then, projek kolaborasi dengan Yung Raja baru dilancarkan minggu lalu,



Pada 2019, Fariz Jabba mempersembahkan segmen rap dan hip-hop pertama di Perarakan Hari Kebangsaan tahunan Singapura bersama Yung Raja (Rajid Ahamed) dan Wheelsmith (Danial Bawthan).



Beliau, yang diundang dalam The BM Show musim ke-4 episod 7, berkongsi beberapa perkara menarik tentang dirinya, sambil diajak mencuba sukan karting di Karting Arena @Jurong.



Kami kongsikan lima perkara menarik di sebalik cerita dan idea karya-karyanya.



Asal nama Faris Jabba



Beliau dilahirkan sebagai Muhammad Fariz Abdul Rashid, justeru bagaimana timbulnya nama Jabba?



"Ia sebenarnya gabungan nama saya dan kru tarian hip hop Jabbawockeez kerana saya juga suka menari.



"Ada cerita lucu mengenai nama ini... apabila ayah saya mula-mula mendengar nama samaran, beliau menyangka saya merujuk perkataan Arab 'jabbar', yang bermaksud maha kuasa.



"Secara tak langsung, saya fikir apa salah kalau maknanya juga ke arah itu... sedapnya dikaitkan dengan makna dalam bahasa Arab... cool!"



Kenapa Rap Melayu



Fariz mahu menjadikan hip hop relevan dengan masyarakat Melayu dan salah satu caranya ialah menggunakan bahasa Melayu dalam rapnya.



"Orang suka merasa terkait dengan perkara yang kita buat dan saya rasa itu sangat penting.Mengapa membuat lagu apabila pendengar anda tidak dapat mengaitkannya?



"Tambahan pula, banyak orang bercakap bahasa Melayu di rantau ini. Ada Malaysia, Indonesia dan Brunei - saya mahu menerokai pasaran tersebut. Pengaruh Melayu sangat besar di rantau ini," ujarnya.



Abang sebagai mentor



Fariz tidak bersembunyi mengakui menjadikan abangnya sebagai sumber inspirasi.



"Beliau mentor saya dan inspirasi terbesar. Abang saya pada dasarnya mengatur keseluruhan kejayaan saya dengan menghasilkan idea untuk semua video tular saya.



"Saya hanyalah seorang rapper yang bercakap di hadapan kamera. Kadangkala saya rasa rap saya datang dari jiwanya.



"Sebagai adik dan penyanyi rap, saya sangat bersyukur dengan segala panduan dan tunjuk ajar abang saya. Abang saya bekerja keras untuk orang lain sehingga kadang-kadang beliau terlupa menjaga dirinya sendiri."



Kolaborasi impian



"Sangat gila untuk memikirkannya tetapi jika saya boleh memilih tiga teratas saya. Ia adalah Tyler the Creator, A$AP Rocky dan Kendrick Lamar!" ujar beliau.



Yang penting hepi



Kata Fariz, apa pun yang dilakukan, di akhirnya beliau hanya menghasilkan karya yang menggembirakan dirinya.



Jika beliau terasa mahu membuat lagu seperit Michael Jackson atau Justin Timberlake sekali pun, biarpun jauh daripada rap, beliau akan melakukannya kerana tidak mahu membataskan diri dengan imej yang dikaitkan dengan dirinya.



"Saya tidak perangkap diri saya dalam satu lubang sempit. Saya suka menyanyi dan saya juga suka rap, jadi kenapa saya tidak boleh buat kedua-duanya?"



THE KARTING ARENA @ JURONG



THE Karting Arena @ Jurong dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Ogos 2021, menawarkan pengalaman karting sepenuhnya.



Dengan keluasan 46,634 meter persegi, seseorang boleh menjangkakan litar sepanjang 700 meter dengan 11 pusingan teknikal.



Ia boleh digunakan untuk karting santai dan perlumbaan.



Dilengkapi dengan bilik kawalan perlumbaan, kamera trek, galeri tontonan serta ruang istirahat pelumba untuk acara perlumbaan atau korporat.



Ia turut dilengkapi sistem pencahayaan berprestasi tinggi untuk karting malam.



Litar dibuka pada:



Selasa hingga Jumaat: 1 petang hingga 9 malam.



Sabtu dan Ahad: 9 pagi hingga 9 malam.



Isnin: Ditutup



Lokas: 511 Upper Jurong Road, Singapura 638366



E-mel: contact-j@thekartingarena.com



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >