Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasa kedua Laluan MRT Thomson-East Coast mula operasi 28 Ogos

Jul 01, 2021 | 05:30 AM



FASA kedua Laluan MRT Thomson-East Coast (TEL) yang dinanti-nantikan akan mula beroperasi pada 28 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan S. Iswaran semalam berkata bahagian landasan baru itu merangkumi enam stesen - Springleaf, Lentor, Mayflower, Bright Hill, Upper Thomson dan Caldecott - dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kerja keras, penyesuaian dan pengorbanan peribadi teknisyen, jurutera dan kakitangan yang terlibat.

Tertangguh sebahagiannya dek pandemik Covid-19, fasa kedua TEL (TEL2) akan mempunyai dua pusat pertukaran - di stesen Caldecott dengan Laluan Circle dan di stesen Bright Hill dengan Laluan Rentas Pulau pada masa depan.

Encik Iswaran berkata TEL akan mempertingkat daya ketahanan rangkaian rel.

Apabila dibuka sepenuhnya pada separuh kedua dekad ini, TEL akan mempunyai pusat pertukaran dengan lima laluan MRT yang sedia ada, iaitu Utara-Selatan, Timur-Barat, Timur Laut, Circle dan Downtown, serta Laluan Rentas Pulau.

Apabila TEL siap dibina sepenuhnya, lebih 240,000 isi rumah semasa dan masa depan akan terletak dalam jarak 10 minit dengan berjalan kaki dari sebuah stesen laluan itu.

TEL1 dan TEL2 sahaja akan memberi manfaat kepada sekitar 100,000 isi rumah, kata beliau.

Fasa pertama TEL - yang mempunyai tiga stesen dari Woodlands North ke Woodlands South - dibuka pada Januari tahun lalu.

Bercakap di stesen Caldecott, Encik Iswaran berkata stesen itu terletak berhampiran Persatuan Cacat Penglihatan Singapura (SAVH) dan Sekolah Lighthouse.

"Demi memberikan sokongan lebih baik kepada penumpang yang cacat penglihatan, butang lif TEL, tempat duduk dan paparan tanda di platform akan mempunyai perbandingan warna yang lebih jelas," kata beliau.

Lampu juga akan dipasang pada susur tangan tangga untuk meningkatkan penglihatan anak tangga, tambah beliau.

Bagi warga emas dan penumpang dengan cabaran mobiliti, akan terdapat tempat sandaran dan susur tangan pada tempat duduk di platform stesen.

TEL sepanjang 43 kilometer dan mempunyai 32 stesen itu dijangka mempunyai purata 500,000 penumpang pada mulanya, dan ini dijangka meningkat kepada sejuta penumpang dalam jangka panjang.

Laluan itu, yang akan beroperasi dari Woodlands hingga ke Bedok, juga akan dihubungkan dengan laluan sistem transit laju rentas sempadan ke Johor Baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >