Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasa ketiga laluan TEL: Manfaat lebih ramai isi rumah, pendek masa perjalanan

Oct 08, 2022 | 05:30 AM



LALUAN Thomson-East Coast (TEL) fasa ketiga memainkan peranan yang penting sebagai persimpangan bagi semua laluan stesen MRT sedia ada, kata Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran.



Fasa satu dan dua laluan TEL yang dibuka sebelum ini, membawa kira-kira 100,000 isi rumah dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari stesen MRT.



Namun, Encik Iswaran berkata fasa ketiga laluan ini akan membawa akses stesen MRT yang berdekatan kepada lagi 80,000 isi rumah.



Semalam, Encik Iswaran telah mengumumkan pembukaan bagi 11 lagi stesen di Laluan Thomson-East Coast yang menjangkau jarak 13.2 kilometer.



Bercakap kepada pihak media di stesen Maxwell, beliau berkata laluan baru ini akan membolehkan orang ramai menjimatkan masa ketika menggunakan pengangkutan awam.



"Laluan ini akan memberi manfaat kepada ramai warga Singapura dan juga keluarga di sini," katanya.



"Ia adalah peningkatan yang ketara dari segi masa perjalanan," tambahnya.



Sebagai contoh, perjalanan daripada Woodland South ke Orchard sebelum ini mengambil masa 50 minit.



Namun dengan laluan TEL fasa ketiga, penumpang hanya mengambil masa 35 minit sahaja.



Antara stesen yang akan mula beroperasi 13 November ini adalah Stevens, Napier, Orchard Boulevard, Orchard, Great World, Havelock, Outram Park, Maxwell, Shenton Way, Marina Bay dan Gardens by the Bay.



Dengan pembukaan fasa ketiga, terdapat dua lagi peringkat 10 stesen yang termasuk stesen Memorial Pengasas ke Sungei Bedok yang akan dibuka.



Ini tidak termasuk stesen Mount Pleasant dan Marina South.



Menurut Kementerian Pengangkutan, dua stesen ini akan dibuka dalam masa terdekat apabila pembangunan perumahan di sekelilingnya sudah siap.



Mengulas tentang kerja pembinaan laluan ini, Encik Iswaran menekankan bahawa ia sebahagian daripada strategi Pemerintah untuk meningkatkan ketersambungan dan kemudahan sistem MRT di Singapura.



"Kita harus memahami bahawa ini adalah strategi yang lebih besar untuk meningkatkan infrastruktur MRT supaya dapat menjadikan pengangkutan awam sebagai bentuk perjalanan ulang-alik yang mudah diakses untuk semua rakyat Singapura.



"Selain itu, ia juga lebih mesra alam dan dapat meningkatkan kebolehan kita untuk tinggal di bandar ini," katanya.



Kesemua 32 stesen TEL dijangka dibuka menjelang 2025.



Apabila dibuka sepenuhnya, laluan itu dijangka digunakan oleh kira-kira 500,000 orang setiap hari, jumlah yang kemudiannya akan meningkat kepada satu juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >