Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fatimah: Usah abai ibu bapa walau hadapi masalah

Jun 02, 2019 | 05:30 AM



ANAK-ANAK tidak patut mengabaikan ibu bapa meskipun mereka menghadapi masalah mereka sendiri, kata Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Profesor Fatimah Lateef.



Berucap kepada sekumpulan penerima zakat semalam, Profesor Fatimah memberi contoh kes pasangan warga emas yang digesa anak mereka menjual flat lima bilik mereka bagi membantu anak-anak yang masing-masing dibelenggu masalah kewangan.



Namun, setelah menjual flat itu, pasangan berusia 70-an yang mempunyai lima anak itu terpaksa tinggal di kolong blok sebelum akhirnya mereka berjumpa Profesor Fatimah untuk mendapatkan flat sewa.



"Sebelum jual flat, anak-anak kata boleh tinggal dengan mereka. Lepas jual flat, macam-macam alasan yang diberikan. Dengar kes seperti itu air mata macam nak mengalir.



"Janganlah kita lupa ibu bapa, walaupun kita sendiri dalam keadaan daif," ujar beliau.



Profesor Fatimah turut berkongsi amalan beliau sendiri menelefon ibunya sekali setiap hari dan kadangkala hingga dua tiga kali sehari.



Profesor Fatimah membuat perkongsian itu semasa berucap di majlis pengagihan zakat Persatuan Muhammadiyah di Wisma Geylang Serai semalam.



Ditemui Berita Minggu selepas majlis itu, Profesor Fatimah berkata beliau berharap masyarakat dapat terus mempererat ikatan keluarga.



"Saya harap kami dapat rapatkan hubungan antara generasi kerana keluarga yang kukuh merupakan asas bagi masyarakat kukuh," ujarnya.



Tahun ini, Persatuan Muhammadiyah menghulurkan bantuan zakat dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada sekitar 500 benefisiari.



Selain itu, sukarelawan persatuan tersebut menghantar habuan makanan ke sekitar 100 rumah golongan memerlukan yang menghadapi kesukaran untuk bergerak.



Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata tahun ini persatuan itu mengambil langkah mempermudah pengagihan zakat bagi sesetengah penerima zakat.



"Selalunya kita buat pengagihan di Muhammadiyah. Tahun ini, kami buat di WGS sebab semua prasarana disediakan di sini. Senang ambil zakat dan kemudian berbelanja di kawasan ini," ujar Ustaz Azri.



Antara penerima bantuan zakat semalam ialah Cik Rokiah Musa, 65 tahun, yang bersyukur dengan pemberian wang tunai serta kuih muih Hari Raya.



"Boleh juga saya buat belanja pasar untuk Hari Raya. Yang penting, jangan belanja lebih daripada yang mampu," ujar Cik Rokiah, yang mempunyai seorang anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >