Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN FATWA TUDUNG BAGI PEKERJA KESIHATAN

Fatwa perlu difahami, disebar kepada semua masyarakat

Termasuk Muslim dan bukan-Muslim, wanita dan juga lelaki
Oct 28, 2021 | 05:30 AM



FATWA mengenai pemakaian tudung bagi pegawai dalam pekerjaan berseragam perlu difahami dan disebarkan kepada semua peringkat masyarakat, termasuk Muslim dan bukan-Muslim, wanita dan juga lelaki.



Beberapa pemimpin pertubuhan Melayu/Islam termasuk daripada masyarakat asatizah menyatakan demikian sedang mereka mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk tidak menetapkan tindakan yang perlu diambil, sebaliknya memberikan prinsip panduan melalui penerbitan fatwa.



Fatwa itu dikeluarkan menjelang perubahan kepada dasar seragam dalam sektor penjagaan kesihatan yang bakal dilaksanakan Kementerian Kesihatan (MOH) Isnin ini.



Dengan perubahan itu, jururawat wanita Islam dibenarkan memakai tudung bersama pakaian seragam jika mereka mahu.



Muis berkata fatwa itu berpandukan prinsip agama dan bertujuan memperkasa masyarakat Muslim, bukan sekadar satu preskripsi menyeluruh secara umum.



Malah, ia bertujuan memberi panduan kepada wanita Muslim supaya mempertimbang situasi unik mereka dengan teliti dan memperkasa diri mereka dengan prinsip dan nilai agama yang membolehkan mereka membuat pilihan yang seimbang dan tepat buat diri mereka.



Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dalam kenyataannya berkata ia gembira fatwa itu mengakui peranan penting yang wanita mainkan dalam menyumbang kepada masyarakat dan menyeru Muslim agar memperdalam hubungan dengan masyarakat berbeza supaya agama menyatukan dan tidak memisahkan semua.



"Memandangkan fatwa itu bukan bersifat preskriptif tetapi mengandungi prinsip panduan, adalah penting untuk menekankan maksud fatwa itu supaya ia tidak disalah erti.



"Pendekatan masyarakat harus diteruskan dalam cara yang sopan dan penuh hormat, selaras dengan adab agama kita," kata PPIS.



Ia berharap fatwa itu dapat meyakinkan wanita Muslim dan keluarga mereka dengan menjadi satu panduan, supaya wanita boleh membuat keputusan yang seimbang dan termaklum untuk diri mereka dan situasi unik mereka sendiri," katanya.



PPIS juga berkata ia menantikan peluang menjadi sebahagian usaha kolektif untuk memupuk pemahaman lebih jelas tentang maksud fatwa itu.



"Semua orang mempunyai peranan untuk dimainkan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang menyokong wanita dan aspirasi kami," katanya.



Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, pula berkata adalah penting fatwa itu difahami dan disebarkan kepada semua peringkat masyarakat termasuk golongan Islam dan bukan Islam.



Fatwa itu juga perlu diambil sebagai bimbingan bagi lelaki Muslim, yang selaku suami dan bapa merupakan ketua keluarga, agar mereka dapat memperkasa dan membimbing isteri dan anak-anak perempuan mereka.



"Ini adalah sebuah usaha masyarakat, dan Persatuan Muhammadiyah akan memainkan peranan kami dalam mendidik masyarakat tentang syiar pemakaian hijab dan menutup aurat serta bagaimana melaksanakannya dalam konteks hari ini.



"Dalam melakukan demikian, Muhammadiyah akan mendidik masyarakat agar menentang sebarang bentuk diskriminasi terhadap Muslimah yang memakai dan tidak memakai hijab," kata Ustaz Azri.




"Ini adalah sebuah usaha masyarakat, dan Persatuan Muhammadiyah akan memainkan peranan kami dalam mendidik masyarakat tentang syiar pemakaian hijab dan menutup aurat serta bagaimana melaksanakannya dalam konteks hari ini.

Dalam melakukan demikian, Muhammadiyah akan mendidik masyarakat agar menentang sebarang bentuk diskriminasi terhadap Muslimah yang memakai dan tidak memakai hijab."

- Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.




"Memandangkan fatwa itu bukan bersifat preskriptif tetapi mengandungi prinsip panduan, adalah penting untuk menekankan maksud fatwa itu supaya ia tidak disalah erti.

Pendekatan masyarakat harus diteruskan dalam cara yang sopan dan penuh hormat, selaras dengan adab agama kita.

Semua orang mempunyai peranan untuk dimainkan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang menyokong wanita dan aspirasi kami."

- Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >