Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fiesta Kesantunan galak guna wadah terkini lestarikan adab Melayu

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN teknologi dan media kian berkembang, masyarakat Melayu juga harus berkembang dalam cara menyampaikan pembelajaran tentang adab, nilai dan kesantunan Melayu.



Justeru itu, cara kreatif dan wadah terkini perlu digunakan dalam usaha berterusan menanam kesantunan, adab dan budi pekerti dalam kalangan anak muda Melayu sekarang.



Demikian dijelaskan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, dalam satu video ucapan di acara Fiesta Kesantunan 2022 di Bangunan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) semalam.



Acara Fiesta Kesantunan 2022 dianjurkan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Disamping fiesta itu, segmen menciptakan pantun beramai-ramai diadakan bagi rekod ciptaan pantun asli terbanyak di Singapura.



Sebanyak 293 pantun dicipta dan ia dipamerkan di sebuah pameran di acara itu bagi orang ramai untuk membaca dan mempelajari cara pengucapan lahir batin orang Melayu.



Guru dan pelajar dari 47 sekolah dan rakan kongsi masyarakat telah mengambil bahagian dalam acara secara fizikal itu semalam.



Dr Maliki berkata aktiviti itu bantu melestarikan tradisi berpantun yang merupakan suatu yang lumrah bagi masyarakat Melayu lama.



"Sehubungan dengan ini, tradisi pantun patut dikekalkan agar pandangan dunia orang Melayu dari sudut budi bahasa, kebijaksanaan dan kiasan serta makna bagi menyampaikan nasihat dan tunjuk ajar yang bernilai dapat disebarluaskan," tambah Dr Maliki.



Fiesta itu adalah sebahagian daripada usaha MLLPC untuk memupuk generasi Melayu yang mempunyai kesedaran dan penghayatan yang kuat terhadap kesantunan Melayu, seperti adat dan tatasusila sosial yang penting kepada budaya Melayu.



Ini adalah tahun ketiga acara itu dianjurkan, yang sebelum ini diadakan pada 2017 dan 2019.



Selain itu, pelbagai pertandingan mengenai adab dan kesantunan Melayu juga turut disertai oleh pelajar sekolah rendah hingga ke maktab rendah dari 40 sekolah di Singapura.



Antaranya adalah Peraduan Skit Pendek yang memberikan peluang untuk pelajar sekolah rendah memaparkan kreativiti mereka melakonkan senario ringkas berkaitan aspek kesantunan.



Di peringkat sekolah menengah pula, para pelajar telah memberi paparan lakonan pendek berkenaan etika dan adab ketika menziarahi rumah menerusi platform media sosial Tik Tok.



Dan pelajar maktab rendah menyampaikan ucapan tuntas berkaitan pandangan mereka tentang kesantunan sebagai tatacara kehidupan masyarakat Melayu di Peraduan Ted Talk.



Dr Maliki berharap pengalaman-pengalaman sebegini dapat mendorong para pelajar "untuk terus menyemai minat dan kecintaan terhadap bahasa, budaya dan warisan Melayu kita".




"...Tradisi pantun patut dikekalkan agar pandangan dunia orang Melayu dari sudut budi bahasa, kebijaksanaan dan kiasan serta makna bagi menyampaikan nasihat dan tunjuk ajar yang bernilai dapat disebarluaskan."
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >